Kuih Kasturi Kuih Tradisional Masih Popular Hingga Kini

Share

Kalau petang hari dihidangkan kuih kasturi bersama kopi atau teh hangat memang layan! Kuih kasturi masih popular dan dikenali ramai hingga kini. Admin yang Gen Z pun kenal kuih ni tau. Sedap sangat kuih ni kalau kena dengan cara pembuatannya. Asyik beli frozen je apa kata kalini cuba buat sendiri? Resipi ni telah dikongsikan oleh Norul Ashikin Osman

di Facebook. Tunggu apa lagi tu? Jom cuba!

KUIH KASTURI

BAHAN-BAHAN:

INTI

1 cawan kacang hijau.. Rendam 2 jam

3 cawan air

Kelapa parut 1/2 cawan

Gula 1/2 cawan (kurangkan kalau taknak manis)

Garam sedikit

Tepung gandum 1/3 cawan

CARA PENYEDIAAN:

-Rebus kacang dengan air sampai lembut.. kalau andai kata kacang dah lembut tapi air masih banyak, buang sikit2 air tu.

– Masuk gula, garam, kelapa gaul2 sekejap.. akhir sekali masuk tepung gaul2 bagi sebati.. Tutup api.. Sejukkan dlu…

-Masa nak bentukkan dia tangan letak minyak bagi kurang melekat kat tapak tangan..bentukkn bulat comel.. Leperkan.

BANCUHAN SALUT TEPUNG

Tepung gandum 1 cawan

Tepung beras 1/3 cawan

Garam

Serbuk kunyit sedikit sahaja

Air secawan.. (masuk sikit2. Bancuhan jangan cair jangan pekat sangat)

Campurkan semua dah sebati, boleh digoreng.

 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Norul Ashikin Osman

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nadzirah Rashid