Ada yang panggil kuih kasturi, kuih kacang hijau atau kuih rengas tapi cara pembuatan masih sama. Rasa inti kacang hijau berkrim dan bancuhan tepung diluar merangupkan kuih ini.
BAHAN INTI (KACANG HIJAU):
500gm kacang hijau
2 cawan gula
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Air untuk merebus kacang hijau
CARA MEMASAK:
Ads
Rebus kacang hijau sehingga hancur..
Bila sudah hampir kering. Masukkan kelapa parut, tepung gandum, gula dan secubit garam.
Kacau sehingga betul-betul kering. Angkat dan sejukkan.
Bila sudah sejuk. buat dalam bulat dan tekan.
BAHAN-BAHAN BANCUHAN:
Ads
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/3 sudu mkn marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
air secukupnya
Sedikit pewarna kuning
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Dalam bekas, campurkan tepung gandum dan tepung beras, marjerin, garam,gula.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
Panaskan minyak dalam kuali, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
Kuih vadai agak sukar ditemui, melainkan jika kita ke restoran mamak. Itupun, adakala tiada juga. Jadi, kalau memang gemar dan teringin, boleh saja cuba buat sendiri. Bahan utama, kacang ulunthu.
Menurut Nur Masri yang sudi berkongsi cara penyediaan kuih vadai ini, bahannya mudah saja tetapi cara membuatnya yang sedikit mencabar. Untuk menjadikan bentuknya seperti donut dengan adunannya yang melekat dan lembik memerlukan sedikit kemahiran.
Kuih vadai ini sedap dimakan ketika masih panas. Rangup di luar dan lembut di dalam. Namun, ketika sejuk pun masih lembut lagi. Jika buat banyak, boleh di sejuk bekukan dan panaskan menggunakan air fryer sahaja. Jom kita cuba buat.
Basuh dan rendam kacang ulunthu semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam. (Jika nak masak pagi, boleh rendam waktu malam. Nak masak petang, rendam waktu pagi.)
Toskan air dan kisar kacang ulunthu dengan sedikit air sehingga halus. (Jangan letak banyak air kerana nanti akan susah untuk dibentukkan.)
Apabila kacang ulunthu menjadi halus, masukkan jintan manis dan kisar sekejap.
Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk.
Masukkan pula tepung beras dan baking soda.
Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara itu, bolehlah potong bawang merah, cili dan daun kari kecil-kecil.
Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.
Gunakan daun pisang atau sarung tangan plastik untuk membentuk vadai menjadi bentuk donut.
Jika adunan cair, boleh tambahkan tepung beras.
Celup tangan dalam air. Ambil sedikit adunan dan letak membulat di atas tapak tangan atau daun pisang.
Celup jari telunjuk ke dalam air dan buatkan lubang di tengah adunan.
Terbalikkan adunan tadi di atas jari tangan kanan.
Masukkan adunan ke dalam kuali perlahan-lahan.
Tunggu sehingga vadai timbul dan keperangan, baru terbalikkan. Jika terbalikkan semasa masih lembut, bentuknya akan rosak.
Goreng hingga keperangan dengan api sederhana. Jika api besar, ulunthu akan rasa mentah dan bahagian dalam belum masak sepenuhnya.
Kalau memilih kuih karipap pasti kita mencari yang licin dan tidak berjerawat. Usah dipandang pada rupa sebenarnya yang berjerawat itu lagi sedap rasanya. Biasanya karipap berjerawat ni orang tua-tua dulu suka membuatnya. Makan panas-panas memang layan.
KARIPAP KAMPUNG
KULIT KARIPAP
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
Gaul rata semua bahan semua kecuali minyak dan marjerin.
2.Panaskan minyak sekejap dan masukkan marjerin sehingga cair, kemudian masukkan ke dalam tepung tadi semasa panas.
3.Gaul dengan senduk sehingga semuanya sebati dan jadi seperti serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk dari peti ais. Uli sebati.
4.Hasil doh yang sudah siap. Saya tak perap pun.
5.Sedia untuk digelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh. Acuan ni beli dekat shopee “acuan karipap/dumpling Maker.
6.Inti dan tepung ngam-ngam cukup dapat banyak ni.
7.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana.
INTI KENTANG AYAM
Bahan-bahan inti:
1 biji bawang Holland saiz kecil
3 biji kentang saiz biasa
1 ketul dada ayam saiz besar (banyak pun boleh)
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.
2.Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga hampir kering. Bila dah hampir kering, kacau-kacau supaya rata sehingga kering sepenuhnya (guna air sederhana).
3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk begini je. Kalau suka lembik, tambah air dan masak lebih lama.
Terdapat pelbagai variasi kuih koci yang boleh didapati kini. Antaranya koci labu, koci pandan dan koci pulut hitam. Lebih sedap lagi, kuih koci yang dibungkus dan dikukus sekali bersama santan atau dipanggil koci leleh.
Ternyata kuih koci leleh ini lebih sedap, terasa lemak masin santannya dengan setiap gigitan kuih koci yang berintikan kelapa tersebut. Nak tahu cara menghasilkan kuih koci pulut hitam leleh yang sedap?
Ikuti sahaja resipi perkongsian daripada Manda Syuhada ini. Memang berbaloi-baloi apabila dapat hasilkan daripada air tangan sendiri.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.