Kuih Kasturi Lembut Serta Berlemak Didalam & Ranggup Diluar

Ada yang panggil kuih kasturi, kuih kacang hijau atau kuih rengas tapi cara pembuatan masih sama. Rasa inti kacang hijau berkrim dan bancuhan tepung diluar merangupkan kuih ini.

BAHAN INTI (KACANG HIJAU):

  • 500gm kacang hijau
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air untuk merebus kacang hijau

Kuih Kasturi Lembut Serta Berlemak Didalam & Ranggup Diluar

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Rebus kacang hijau sehingga hancur..
  2. Bila sudah hampir kering. Masukkan kelapa parut, tepung gandum, gula dan secubit garam.
  3. Kacau sehingga betul-betul kering. Angkat dan sejukkan.
  4. Bila sudah sejuk. buat dalam bulat dan tekan.

Kuih Kasturi Lembut Serta Berlemak Didalam & Ranggup Diluar

BAHAN-BAHAN BANCUHAN:

IKLAN
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/3 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • air secukupnya
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng


CARA MEMASAK:

  1. Dalam bekas, campurkan tepung gandum dan tepung beras, marjerin, garam,gula.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

Kuih Kasturi Lembut Serta Berlemak Didalam & Ranggup Diluar

IKLAN

KREDIT GAMBAR & RESIPI: Habibah Binti Ujang

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI