Berbuka tanpa kuih muih bagai tidak lengkap. Tidak kira kuih manis atau pedas, pasti ada untuk hidangan berbuka. Teringin lama nak rasa kuih yang senang dibuat dan sedap dimakan.Boleh cuba buat kuih kaswi ni.
Kuih kaswi @ kosui
Bahan-bahan:
*2 cawan tepung gandum
*1/2 cawan tepung ubi
*1 sudu air kapur
(secubit kapur/sesudu air kapur yang siap dibancuh)
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
5 cawan air
Cara membuat:
1.Kelapa parut yang putih saja dan garam (kukus kejap untuk tahan lama)
2.Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air (masak atas api kejap untuk hancurkan gula,letak sehelai daun pandan untuk aroma) tunggu sejuk kejap.
3.Campurkan bahan yang bertanda* bersama 3 cawan air. Kemudian masukkan air gula tadi dan tapis. Guna loyang 8×8.Kukus selama 30 – 40 minit.
**tunggu sejuk baru potong, bolehlah digaul dengan kelapa parut.
**tip untuk potongan kuih yang cantik, tunggu kuih betul-betul sejuk, potong dengan pisau plastik yang disapu sedikit minyak.
Kredit: NorDiana Mat Desa