Kuih yang sangat ringkas tapi sangat sedap dan kalau betul bancuhannya dapat hasil yang lembut dan boleh digoyang-goyang.

Kuih Kaswi Goyang Manja Lembut Makan Bersama Kelapa Parut

KUIH KASWI GOYANG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan gula merah
  • 5 cawan air
  • 3/4 sudu teh kapur makan
  • Kelapa parut putih

 

IKLAN

CARA MENYEDIAKANNYA:

IKLAN
  1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar kecuali kapur makan.
  2. Gaul sampai sebati dan gula larut.
  3. Tapiskan adunan kedalam mangkuk lain.
  4. Campurkan kapur makan dengan 3 sudu mkn air. Masukkan kedalam adunan yang telah di tapis tadi. Aduk hingga kapur sebati.
  5. Oles acuan dengan minyak masak dan tuangkn adunan kedalam loyang tadi.
  6. Kukus selama 30 minit. Sila pastikan air kukusan mendidih dulu baru dikukus. Balut penutup kukus dengan kain mengelakkn air menitik ke atas kuih.

Info: Biar kuis kaswi sejuk baru boleh dipotong dan makan bersama kelapa parut yang surah digaulkan sedikit garam.

Kredit: Ija Honey

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI