Kuih yang sangat ringkas tapi sangat sedap dan kalau betul bancuhannya dapat hasil yang lembut dan boleh digoyang-goyang.
KUIH KASWI GOYANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula
- 1 cawan gula merah
- 5 cawan air
- 3/4 sudu teh kapur makan
- Kelapa parut putih
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar kecuali kapur makan.
- Gaul sampai sebati dan gula larut.
- Tapiskan adunan kedalam mangkuk lain.
- Campurkan kapur makan dengan 3 sudu mkn air. Masukkan kedalam adunan yang telah di tapis tadi. Aduk hingga kapur sebati.
- Oles acuan dengan minyak masak dan tuangkn adunan kedalam loyang tadi.
- Kukus selama 30 minit. Sila pastikan air kukusan mendidih dulu baru dikukus. Balut penutup kukus dengan kain mengelakkn air menitik ke atas kuih.
Info: Biar kuis kaswi sejuk baru boleh dipotong dan makan bersama kelapa parut yang surah digaulkan sedikit garam.
Kredit: Ija Honey