Kuih Kaswi Lemak Manis Sedap Macam Di Pasar Malam

Share

Kuih kaswi sememangnya diminati ramai. Kuih ini ada yang berbentuk empat segi dan boleh juga menggunakan acuan lompang jika mahukan saiz yang lebih kecil dan mudah dimakan. Lebih enak bila dinikmati dengan kelapa muda menambah perisa kuih kaswi yang dimasak. Barulah lemak manis rasanya. Dikongsikan resipi untuk membuatnya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula merah*-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 cawan gula putih*
  • 5 cawan air*
  • 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
  • 1/2 cawan tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1.   Masak bahan yang bertanda (*) hingga larut bersama daun pandan. Biarkan sejuk dan tapis.

2.   Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan kapur makan. Kacau menggunakan ‘whisk’ hingga sebati. Tapis adunan menggunakan penapis santan.

3.   Tapis sekali lagi menggunakan penapis teh supaya adunan lebih halus.

4.    Panaskan air kukusan, sapukan sedikit minyak masak pada acuan. Apabila air kukusan mendidih,  kukus acuan seketika dan barulah dituangkan adunan kaswi yang telah ditapis tadi.

5.    Kukus kuih kaswi menggunakan api sederhana. Setelah masak, golekkan ke dalam mangkuk berisi kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam halus.

Kredit resipi & gambar: Nor Nor via MAHN

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa& Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri