Sepanjang tempoh berpuasa selain memasak lauk pauk yang disukai, kuih muih juga menjadi pelengkap dalam hidangan. Tidak kira kuih manis atau pedas pastinya ingin dinikmati. Jom kita buat kuih keria. Kadang kala beli tidak sama sebagaimana yang diinginkan. Lagi puas membuatnya sendiri.
KUIH KERIA
Bahan-bahan: 600gm keledek putih atau merah 1 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu teh garam
Bahan untuk sira: 1/2 cawan gula 1 cawan air
Cara membuat:
1.Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian.
Ads
2.Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
3.Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek.
4.Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul.
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi bentuk bulat.
6.Bulatkan doh dan buat lubang di tengah.
7.Goreng sehingga kekuningan.
Cara memasak sira gula:
Ads
1.Masukkan gula dan air di dalam periuk.
2.Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan disaluti gula.
3.Sejukkan dan hidang.
Ads
Tip: Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.
Semakin lama semakin agak sukar untuk bertemu dengan kuih putu perak. Ini diakui sendiri oleh empunya resipi iaitu Riesha Liena.
“Putu perak ini antara kuih kegemaran saya. Tapi putu perak ni semakin susah nak jumpa di tempat saya. Kalau nak makan, masa balik sampung di Perak saja yang ada. Itu pun di pasar pagi saja. Teringin sangat punya pasal, dah bertahun-tahun tak makan, hari ini saya buat sendiri putu perak,” katanya.
Katanya, putu perak selalunya menggunakan kain kasa. Namun, tiada kain kasa, dia hanya menggunakan daun pisang.
PUTU PERAK
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan air suam
1 cwn gula halus ( gula diblander )
1sk garam (saya guna sudu kfc kecik tu jer)
BAHAN INTI PUTU
Kelapa parut (putih sahaja)
Garam secukupnya
– Satukan kelapa dan garam. Gaul sebati.
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas besar, satukan tepung beras, tepung pulut dan garam. Gaul semuanya supaya sebati.
2. Kemudian masukkan air secara sedikit demi sedikiti. Ramas-ramaskan sehingga berketul-ketul.
3. Pastikan tepung peroi dan bukan lembap. Kita akan tapiskan tepung itu.
4. Apabila tepung sudah nampak peroi, masukkan sikit dalam penapis. Tonyoh dengan jari supaya tepung boleh ditapis.
5. Siap ditapis, masukkan gula. Gaul rata. Kemudian tapis sekali lagi.
6. Masukkan adunan dalam acuan. Jangan ditekan. Masukkan sahaja. Mula-mula masukkan separuh dahulu. Kemudian letakkan inti kelapa. Kemudian masukkan adunan lagi sehingga penuh. Ratakan atasnya dan letak daun pisang. Terlangkupkan dalam kukusan.
7. Ulang langkah 6 sehingga habis adunan.
8. Kukuskan putu selama 10 minit.
TIP
– Kalau ketika masukkan adunan tepung itu kita tekan, putu akan jadi padat.
– Kesannya, putu susah untuk dikeluarkan daripada acuan.
– Air kukusan jangan terlalu banyak. Isi air kukusan sedikit sahaja supaya air tidak menitis atas putu.
– Pastikan air kukusan betul-betul mendidih, baru masukkan putu.
Resipi kuih tradisi tepung gomak ni ada banyak versi. Tapi min paling suka dengan versi ini kerana ada ubi keledek rebus dimasukkan juga ke dalam tepung atau kulit tepung gomak. Hasilnya memang sedap melampau.
Ada sesetengah resipi hanya menggunakan ramuan tepung pulut tanpa ubi keledek. Ada setengah resipi meletakkan sedikit tepung gandum dalam inti, tetapi resipi yang dikongsikan oleh Maria Bentalibmemasukkan kacau hijau didalam inti. Sudah pastilah berbaloi baloi kesedapannya. Ni warisan omak den, katanya . Jom cuba…
TEPUNG GOMAK OMAK DEN
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit :
1 kg tepung pulut
500g keledek direbus | dilecek
2 sudu besar air kapur
1 1/2 sudu besar garam
800ml air
CARA MASAK :
Semua bahan-bahan di atas gaul sebati, ambil sedikit adunan tepung ,leperkan.
Masukkan inti , tekan sedikit dan bulatkan dan rebus. Apabila timbul, angkat dan golekkan dan salut rata dengan tepung kacang hijau.
Bahan inti :
1 biji kelapa parut
80gm gula pasir
80gm gula melaka
2 helai daun pandan
1 sudu besar warna coklat
50gm kacang hijau direbus dulu sampai kembang
*Gula pasir dan gula melaka tu dimasak dulu dengan daun pandan hingga larut
CARA MASAK :
Tapis air gula, masukkan air gula yang dimasak tadi dalam kuali.
Campurkan kelapa parut. Masukkan pewarna coklat jika suka, dan kacau masukkan kacang hijau rebus. Kacau.
Masak hingga kering, api kecil .
Bahan tepung kacang hijau :
*Boleh beli dah siap dalam pek, kalau nak buat sendiri ni resipinya
200gm kacang hijau
CARA MASAK :
Basuh kacang hijau sehingga bersih
Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan