Kuih Ketayap Kuih Orang Lama Yang Lembut Diluar Manis Didalam

Kuih yang di balut dengan kulit seakan lempeng nipis dan inti manis parutan kelapa campur gula Melaka.

KUIH KETAYAP

BAHAN-BAHAN KULIT:

  • 2 cawan gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur (buang pusat)
  • secubit garam
  • 6@8 helai daun pandan

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar daun pandan dengan air kemudian tapis ambik airnya sahaja.
  2. Campur dengan bahan-bahan yang lain dan kacau sebati
  3. Tapis guna penapis kalau berketul.
  4. Guna kuali biasa yang kita selalu guna atau non stick pan.
  5. Kalau guna kuali biasa sapu minyak atas kuali, sapu minyak nipis sahaj boleh guna tisu dapur. Ambik adunan satu senduk tuang dan lenggangkan kuali untuk ratakan.
  6. Sapu minyak setiap kali nak lenggang.
  7. Tunggu sampai masak semua kulit ketayap.
  8. Bila sudah siap semua kulit baru boleh letak inti gulung.

 

Kuih Ketayap Kuih Orang Lama Yang Lembut Diluar Manis Didalam

BAHAN INTI:

  • Sebiji kelapa parut (putih saja)
  • 1 cawan gula merah
  • 2 sudu besar gula putih
  • Sedikit air
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu tepung gandum

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Masak gula merah, gula putih dgn air sampai hancur bersama daun pandan
  2. Selepas itu masukkan kelapa parut.
  3. Masak sampai kering. Bila sudah agak kering masukkan 2 sudu tepung gandum.
  4. Kacau lagi sampai kering dan berkilat (kalau suka lembab jangan masak kering sangat)

KREDIT RESEPI & GAMBAR:

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

IKLAN

Apam Kampung Kampung Gula Merah Cantik Naik Tembam

http://www.rasa.my/ulundu-vadai-garing-perang-di-luar-putih-lembut-di-dalam/

Kuih Serabai Lembut & Gebu Cicah Kuah Manis Gula Melaka

Kuih Tradisoanal Lepat Liat Resipi Dari Utara

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI