Minum petang ni kita hidangkan kuih melayu. Dah lama tak buat kuih ketayap ni. Intinya yang manis menyedapkan lagi rasa ketayap. Kalau warna inti kurang gelap, tambahkan gula merah. Inti bagi basah-basah sikit.Bila makan rasa berjus.Resepi ni boleh juga untuk nak buat kuih cara manis.
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan santan (daripada ½ biji kelapa, ambil separuh)
1/2 cawan air pandan
2 ½ cawan tepung gandum
1 biji telur
½ sudu besar tepung ubi
1 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Pewarna hijau
Cara membuat:
1.Kisar semua bahan kecuali minyak masak, pewarna dan garam.
2.Tapis.
3.Masukkan minyak masak dan pewarna,secubit garam.Kacau sebati.
INTI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa putih
3/4 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Sedikit tepung gandum
Cara membuat:
1.Air,daun pandan,gula merah,gula pasir dimasak hingga gula larut.
2.Masukkan kelapa.Kacau dan dimasak hingga hampir kering.
3.Taburkan sedikit tepung gandum.
4.Kacau-kacau, siap.
Cara masak kulit ketayap:
1.Panaskan kuali.
2.Oles minyak masak.
3.Adunan dikacau dulu. Ambil sesenduk. Tuang atas kuali.Dadarkan adunan tu.
4.Tepi keliling dah lekang, angkat.Buat sehingga adunan habis.
5.Mula letak inti dan gulung.
Kredit: Noraslinda Md Radzhi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official