Dulu-dulu, kuih tradisi Melayu memang tak lari dari menggunakan bahan utama seperti tepung beras, tepung pulut, santan, kelapa dan gula. Gabungan bahan-bahan ini memang serasi memenuhi kehendak selera. Bagi anda yang teringatkan air tangan mak-mak di kampung yang tak dapat pulang berpuasa dengan mereka, bolehlah cuba resipi Kuih Koci Pulut hitam, sekurang-kurangnya lepaslah rindukan air tangan mak.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawab tepung pulut
2 sudu makan beras pulut hitam | kisar halus
Secubit garam
1 cawan air
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa parut | putih sahaja
1 keping gula melaka
3/4 cawan gula pasir
1 sudu makan tepung gandum
1 helai daun pandan | carik dan simpul
Secubit garam
BAHAN KUAH SANTAN:
2 sudu makan tepung beras
2 sudu cawan santan pekat
Secubit garam.
CARA MEMBUAT:
- Tepung pulut, tepung pulut hitam dan garam dicampur. Gaul rata.
- Tuangakan air sedikit demi sedikit dalam adunan sambil adun hingga mendapat adunan tidak terlalu keras atau lembik (macam buat doh buah melaka) dan tidak melekat di tangan.
- Bulat-bulatkan seperti saiz buat buah melaka. Tutup dengan kain atau tisu dapur dan ketepikan. Sementara menunggu menyiapkan inti kelapa.
- Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan dalam kuali.
- Tambahkan sedikit air, renehkan atas api perlahan. Kacau hingga gula hancur dan tambahkan secubit garam.
- Tapis air gula tersebut, kemudian masukkan semua dalam kuali dan masukkan kelapa parut, kacau rata, bila agak kering masukkan bancuhan tepung gandum.
- Gaul rata dan tutup api.
- Setelah sejuk, bulat-bulatkan inti dan ketepikan.
- Untuk menyediakan, kuah santan, campurkan tepung beras dengan santan pekat dan garam, kacau rata.
- Masak adaunan ini atas api kecil hingga pekat, Tutup api.
- Untuk membungkus, ambil doh tepung pulut yang telah dibuatkan tadi, kemudian leperkan di atas tangan dan masukkan inti kelapa, bulatkan semula doh, lakukan hingga habis.
- Sementara memasukkan inti, masak air dalam periuk.
- Apabila air mendidih, masukan doh-doh berisi inti dalam air rebusan. Setelah timbul angkat dan masukkan dalam kuah santan pekat tadi.
- Menggunakan sudu ambil doh koci sekali dengan kuahnya santan dan letakkan atas daun pisang yang telah dilayurkan dan disapu minyak. Bungkus macam bungkus nasi lemak.
- Kemudian susun dalam pengukur dan kukus lebih kurang 7-8 minit bagi aroma daun pisang dan kuih betul-betul masak.
- Kuih koci sedia dihidangkan apabila sejuk.
Resipi: Makcik Basing