Resipi yang ringkas, rasa lemak manis labu yang terserlah dengan campuran kelapa dan minyak sapi. Kuih yang lembut dan gebu amat sesuai sebagai sarapan atau minum petang.
KUIH LABU BAKAR GULA MERAH
BAHAN-BAHAN :
1 cawan labu lenyek (stim atau rebus)
½ cawan gula merah (kalau nak manis lagi boleh tambah 1-2 cawan Gula Merah)
1 kotak kecil santan kelapa
½ cawan air masak / air mineral.
1 sudu besar Minyak Sapi
2 biji telur ayam
1 sudu kecil esen Vanilla
1 cawan tepung gandum
Ads
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan-bahan kecuali labu lenyek. Kacau sehingga sebati. Tapis untuk dapat adunan yang halus.
Ads
2. Selepas tapis baru masukkan labu lenyek. Kacau lagi hingga sebati.
Ads
4. Masukkan dalam pembakar dan biarkan sehingga masak.
Info: Jika suka boleh taburkan bijan di atas adunan.
Kredit: Sha Ramson Abdullah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak cuba belajar buat karipap. Terutamanya orang bujang. Terima kasih pada Dapur Bujang yang sudi berkongsi dengan pembaca RASA. Walaupun rupa karipap tu kurang menarik tapi rasanya sudah cukup sedap untuk dinikmati sendiri atau berkongsi dengan kengkawan. Bolehlah cuba.
KARIPAP AYAM
BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
2 inci halia (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun kari
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
2 isi dada ayam sederhana besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji kentang (potong dadu)
Daun bawang
BAHAN DOH
1 1/2 cawan kecil tepung gandum
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air garam
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan yang ditumbuk, bersama daun kari dan bawang besar.
2. Masukkan dada ayam serta rempah kari. Gaulkan.
3. Masukkan setengah cawan air dan garam secukup rasa.
4. Masukkan kentang dan tutup periuk. Biarkan kentang masak dan kuah menjadi pekat.
5. Setelah kentang empuk, dan kuah pekat, masukkan daun bawang. Alihkan ke dalam bekas, biar inti sejuk.
CARA BUAT DOH KARIPAP
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Buat bulatan kosong di tengah.
2. Panaskan minyak, setelah minyak masak panas, curahkan minyak ke tengah bulatan dan gaulkan bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli tepung. Pastikan tepung yang diuli tidak telalu lembik dan tidak terlalu keras.
4. Setelah diuli, masukkan ke dalam plastik selama 10 minit supaya doh menjadi lembut.
5. Keluarkan doh. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan. Leperkan doh dan masukkan inti. Kelim doh karipap dan gorengkan di dalam minyak panas. Setelah warna doh bertukar kuning keemasan, boleh angkat dan siap untuk dihidang!
Kuih lompat tikam terkenal di sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kali ini RASA kongsikan resipi kuih lompat tikam. Bolehlah belajar buat untuk dihidang time bulan puasa yang bakal muncul tak lama lagi ni kan?
KUIH LOMPAT TIKAM
BAHAN YANG HIJAU
2 cawan tepung beras
4 cawan air
1/2 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan di atas sampai warna berkilat.
2. Masukkan dalam bekas. Ketepikan.
BAHAN YANG PUTIH
3 cawan santan
2 cawan tepung beras
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan di atas sampai likat.
2. Masukkan dalam bekas atas warna hijau tadi.
BAHAN AIR GULA
2 keping gula melaka
Air secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak atas api perlahan sehingga cair.
CARA PENYEDIAAN
1. Cedok sedikit adunan hijau dan putih.
2. Siramkan sedikit air gula.
3. Sedap dimakan ketika sejuk.
Kredit resipi: Deyana Hatazad Link fb: https://www.facebook.com/deyanahatazad/posts/2730763616961254
Kuih muihMelayu memang pelbagai dan enak-enak belaka. Salah satu yang mudah dibuat adalah Kuih Bom atau juga dikenali sebagai Onde-Onde Bijan.Resipi perkongsian saudari Surainah Hussin ni nampak sedap dan senang. Malah menurut empunya resipinya juga, kuih ini memang lembut, sedap malah tidak liat walaupun sejuk. Nak cuba? Berikut adalah resipinya.
RESIPI KUIH BOM BIJAN / ONDE-ONDE BIJAN
BAHAN DOH:
500gm tepung pulut
1 cawan tepung gandum
3 biji ubi kentang (sederhana besar) – rebus & lenyek
1/2 cawan gula pasir halus
Air suam secukupnya
Bijan secukupnya
INTI: Pes kacang merah – boleh dibeli di kedai menjualan bahan bakeri
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat doh, campurkan semua bahan kering dan campurkan air sedikit demi sedikit. Uli doh hingga tidak melekat di tangan.
2. Timbang doh seberat 30gm dan bulatkan inti seberat 10gm. Leperkan doh dan masukkan inti. Bulatkan. Buat hingga habis.
3. Golekkan doh ke dalam bekas berisi bijan dan susun dalam loyang yang disapu minyak. Rehatkan selama 15 minit.
4. Panaskan minyak dengan api perlahan dan masukkan kuih. Biar hingga kuih terapung barulah dikacau.
5. Besarkan sedikit api dan kacau sekali sekala supaya kuih dapat masak dengan sekata.
6. Setelah kuih garing dan kekuningan, angkat dan toskan minyak sebelum dinikmati.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.