Resipi yang ringkas, rasa lemak manis labu yang terserlah dengan campuran kelapa dan minyak sapi. Kuih yang lembut dan gebu amat sesuai sebagai sarapan atau minum petang.
KUIH LABU BAKAR GULA MERAH
BAHAN-BAHAN :
Ads
1 cawan labu lenyek (stim atau rebus)
½ cawan gula merah (kalau nak manis lagi boleh tambah 1-2 cawan Gula Merah)
1 kotak kecil santan kelapa
½ cawan air masak / air mineral.
1 sudu besar Minyak Sapi
2 biji telur ayam
1 sudu kecil esen Vanilla
1 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan-bahan kecuali labu lenyek. Kacau sehingga sebati. Tapis untuk dapat adunan yang halus.
2. Selepas tapis baru masukkan labu lenyek. Kacau lagi hingga sebati.
Ads
4. Masukkan dalam pembakar dan biarkan sehingga masak.
Ads
Info: Jika suka boleh taburkan bijan di atas adunan.
Sedapnya Kuih Lapis Labu ni. Mana tidaknya, kuih tradisional ni dibuat menggunakan santan asli dan juga labu segar. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, resipi Kuih Lapis Labu Gedik perkongsian saudari Marlia Lia ni antara yang terbaik boleh dicuba. Tanpa pewarna tambahan dan bahan-bahannya pun sangat ringkas. Jom lihat cara pembuatan kuih ini.
KUIH LAPIS LABU GEDIK
BAHAN A:
1/4 biji labu saiz sederhana
4 cawan santan segar – dipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku.
BAHAN B:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula halus – kisar gula supaya senang larut
1/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Kupas labu dan kukus hingga lembut. Kemudian kisar halus guna pengisar kering. Dapat anggaran 1/2 cawan selepas dikisar. Ketepikan.
2. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan-bahan B. Adun hingga rata. Ketepikan.
3. Panaskan santan di dalam periuk menggunakan api perlahan sambil dikacau.
4. Tuang santan suam ke dalam campuran bahan B. Kacau hingga sebati menggunakan pemukul tangan (hand whisker). Tapis.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan labu dan satu lagi dibiarkan pada warna asal.
6. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Ambil loyang bulat bersaiz 9 inci dan oleskan sedikit minyak.
7. Panaskan loyang didalam kukusan terlebih dahulu sebelum mula melapis. Pastikan kukus kuih guna api sederhana.
8. Tuang adunan putih terlebih dahulu. Kukus selama 5 minit kemudian barulah dimasukkan adunan labu. Pastikan jumlahnya sama supaya ketebalan lapisan kelihatan sama. Ulang langkah sama hingga habis. Lapisan terakhir perlu dikukus selama 20-25 minit.
9. Untuk memastikan kuih lapis tidak cepat basi, selepas siap dikukus, buka penutup kukusan dan teruskan memasak kuih selama 5-10 minit lagi. Ia bertujuan untuk mengeringkan wap air atas kuih.
Resipi Apam Pisang Gebu perkongsian saudari AtiQah Aziz ni memang Nampak sedap dan ‘moist’ sungguh! Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk minum petang ni. Pasti puas hati.
APAM PISANG GEBU BAMBAM GUNA BLENDER JE
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat
CARA MEMASAK:
1. (Adunan basah): Hanya guna blender, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan.
6. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Bila tiba musim durian, bubur kacang durian memang biasa dihidangkan terutama untuk makan petang. Tapi untuk rasa yang lain dari biasa, boleh gunakan resip yang dikongsi Afy Al Habib. Rasanya berbeza kerana diletakkan sedikit hirisan halia di dalamnya.
Buat bubur kacang durian, letaklah halia
Bahan-bahan
3 cawan kacang hijau
3-4 ulas durian
Air secukupnya
2 cawan santan pekat
1 hiris halia
2 helai daun pandan
3 sudu besar guna Melaka atau gula kerek/nisse
Gula pasir secukupnya
1/2 sk garam
Cara membuat:
1. Basuh dulu kacang hijau kemudian rendam lebih kurang satu jam.
2. Selepas sejam buang air rendaman tadi. Masukkan air baru dalam 4-5 cawan dan rebus menggunakan api perlahan sampailah kacang empuk. Nak tahu empuk ke belum, kacang yang empuk sudah kembang bijinya dan lembik bila dipicit. Boleh tambah air jika kacang masih keras.
3. Selepas kacang hijau empuk, masukkan santan pekat sebanyak 2 cawan. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.
4. Seterusnya untuk menaikkan aroma kuah, masukkan sehiris nipis halia dan dua helai daun pandan. Halia dimasukan sekejap saja supaya baunya tak mengatasi daun pandan. Lepas seminit dua dah boleh keluarkan balik.
4. Masukkan gula melaka sebanyak tiga sudu besar.
5. kemudian boleh asukkan beberapa ulas isi durian kampung.
6. lagi sedikit gula dan 1/2 sudu kecil garam untuk melemakkan rasa santan. Kkuantiti gula bergantung kepada citarasa sendiri. Biarkan kuah mendidih beberapa kali. Kacau sesekali.
6. Tutup api selepas sebati ke semua rasa. Boleh makan terus, atau buat aiskrim pun sedap menggunakan bubur ini.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.