Mulut rasa nak mengunyah yang manis. Min cadangkan buat resipi kuih lapis coklat pandan yang pasti korang suka. Boleh layan makan, gabungan pandan dan coklat memang harum jer . Bolehlah cuba nanti .Sedap yakmat ampa tau dak
KUIH LAPIS COKLAT PANDAN
2 cawan tepung beras(cap teratai)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan
1 sudu kecil garam
BAHAN B
1 tin susu cair
1 cawan santan
1 ¹/⁴ cawan gula pasir( 1 cawan lebih)
2 helai daun pandan(simpul)
BAHAN C
3 sudu besar serbuk koko+ 4 sudu besar air suam =kacau biar sebati
1 sudu kecil pewarna hijau(nak terang lagi..boleh tambah lagi)
*Kalau betul-betul ikut sukatan memang akan dapat kuih lapis yang cun
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan B.Masak atas api sambil-sambil kacau sampai gula hancur.
2.Ketepikan bahan B yang dimasak tadi. Biar suam-suam sikit.
3.Masukkan semua bahan A dalam bekas. Kacau-kacau biar sebati.
4.Bila bahan B yang kita masak tadi dah suam, campurkan bahan A dan B.Kacau sebati dan tapis.
8.Panaskan kukusan.Penutup kukusan kena bungkus supaya air wap tidak menitik.
14.Dah siap masak,keluarkan kuih lapis dari kukusan.Sejukkan baru boleh dipotong menggunakan pisau plastik
Selamat mencuba.
Resipi :Cikpooja