Kuih Sagu kukus antara kuih sedap yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Ada yang cuba, tapi kuihnya jadi terlalu keras, terlalu lembik dan tak sedap. Jangan susah hati kerana RASA kongsikan resipi Kuih Sagu mudah buat anda. Resipi ni perkongsian saudari Mastura Razali pasti menjadi. Sagunya masak elok malah teksturnya juga tak lembik dan nampak elok je. Jom cuba.
RESIPI KUIH SAGU KUKUS SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Sagu mata ikan (anggaran harga RM3) – anggaran sukatan: 3 cawan sagu yang selepas direndam – beli online disini
Hari raya ni, sedap juga kalau makan pulut kan? Pulut Pagi antara popular dalam kalangan masyarakat Pantai Timur. Hidangan ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, RASA sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.
PULUT PAGI
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul
BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam
1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan
CARA MEMASAK:
Kukus atau tanak pulut bersama daun pandan sehingga masak.
Tuangkan dalam bekas, kemudian gaulkan pulut dengan parutan gula Melaka.
Gaulkan kelapa parut bersama garam, kemudian kukus sekejap.
Hidangkan pulut dengan kelapa parut dan taburkan beras pulut sangai di atasnya.
Selalunya kulit jagung akan dibuang dan hanya mengambil isi jagung sahaja. Tidak perlu mencari daun pisang resipi lepat jagung manis ini menggunakan kulit jagung sebagai pembalut kuih lepat. Sangat bijak dan tiada pembaziran dalam proses masak lepat kerana semua digunakan sepenuhnya.
LEPAT JAGUNG MANIS
BAHAN-BAHAN:
4 tongkol jagung (disagat halus)
1 tongkol jagung (hiris)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Masak adunan hingga pekat dengan menggunakan api sederhana (kacau selalu supaya tidak hangit)
3. Sediakan kulit jagung dan masukkan 1 sudu besar adunan.
4. Bungkus dengan kemas dan kukus selama 20 minit.