
Kuih tradisonal yang wajib kita cuba buat sendiri.
KUIH LAPIS COMEL

KUIH LAPIS COMEL
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula ( ikut tahap manisan yang kita suka )
- 3 sudu besar tepung ubi
- 4 cawan santan cair
- Secubit garam
CARA-CARA:
- Campur semua bahan-bahan di atas dan kacau hingga sekata. Selepas itu tapis (Ini untuk medapat tekstur yang halus dan tidak berketul.
- Kemudian bahagi kepada beberapa warna dan perasa yang kita suka
- Kukus setiap lapisan lebih kurang 5 minit dan lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit.
- Biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan. Siap dihidangkan.
* Jangan lupa sapu acuan dengan minyak supaya ia tidak melekat.
Kredit resepi: Zuanizah Ishak
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Donut Mudah Buat, Adunan Ni Dapat 30 Biji

Cuaca mendung begini sedap nikmati donut panas-panas. Ikut resipi ni mudah saja buat donut.Donut ni guna apa bahan ada dekat rumah.Guna tepung gandum saja tak kisah brand apa janji tepung gandum.Untuk adunan ni boleh dapat dalam 30 biji donut comel-comel.Boleh buat dua versi. Separuh letak inti kacang merah dan separuh lgi buat donut biasa. Selamat mencuba.
Donut
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 peket yis (yang 11gm)
1 sudu makan ovallette (kalau ovalette tak ada gandakan kuning telur)
1 biji kuning telur
1 sudu makan gula
1 sudu makan planta, kalau tak ada juga guna minyak
Secubit garam
Air (agak saja, ambil 1 cawan dulu)
Cara membuat:


1.Mula-mula larutkan 1 cawan air suam, yis, gula. Biarkan seketika. Kemudian letak tepung gandum, planta, telur, garam dan ovallete. Gaul sebati semua.
2.Tuang larutan yis tadi.Uli sampai doh tak melekat dekat tangan. Kalau doh keras lagi boleh tambah sikit-sikit air. Sis TAK PERAP terus canai bentuk donut.

4.Guna acuan donut, kalau tak ada, boleh tekap guna mulut cawan, untuk tengah guna penutup botol mineral atau penutup botol minyak 1kg.Jangan lupa tabur tepung dekat talam. Bagi doh tak lekat nanti bila dah kembang.

5.Lepas siap canai semua,biarkan dulu kembang kejap dalam 10 ke15 minit. Kemudian boleh la goreng.
Kredit: Mar Che
Resipi Egg Salad Bell Pepper @ Cucumber Boat. Menu Diet Sedap Giler
Cara Bancuh Tepung Pisang Goreng Supaya Hasilnya ‘Crunchy’, Macam Beli Gerai Tepi Jalan

Pisang atau keledek goreng antara hidangan petang yang boleh hari-hari kita layan. Tapi biasanya kita beli saja di gerai tepi jalan sebab rasanya lebih sedap. Paling penting pisang goreng ini ranggup, dan inilah yang buat kita ketagih nak beli hari-hari.
Namun begitu kita juga sebenar boleh hasilkan pisang goreng macam jual di gerai asalkan tahu bancuhan atau sukatan tepung yang digunakan.
Nak cuba? Boleh ikut cara bancuhan yang dikongsi oleh Normala Kori. Beliau sebelum ini pernah menjual hampir 200kg pisang goreng sehari menggunakan bancuhan tepung yang sama.
Cara bancuh tepung goreng pisang supaya hasilnya crunchy, krup krap

Resipi pisang goreng crunchy, tepung bancuh sendiri. Tak perlu tepung segera.
- Sediakan bahan berikut dan gaul bahan ini sebelum letak air :
-2 cawan tepung beras
-1 cawan tepung jagung
-1/2 cawan tepung gandum setengah cawan
-1 biji telur gred C (jika guna telur gred A, ambil separuh saja. Jika banyak telur keranggupan tidak tahan lama)
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-4 sudu makan air kapur (agak-agak saja, tapi jangan terlebih nanti berbuih)
-1/2 sudu teh garam
-1 sudu besar mentega (boleh juga tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu untuk tambah berlemak).
2. Selepas bahan di atas digaul baru masukkan air dalam 2 cawan yang sama. Gaul rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat nanti kerak tak cantik.
3. Bila nampak bancuhan sudah elok, letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.
4. Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak untuk menggoreng.

5. Jika nak kerak melekat pada pisang atau keledek renjis minyak panas pada bancuhan tadi. Selepas itu baru letak pisang di atasnya. Cara ini goreng pisang akan ranggup hingga 4-5 jam.
6. Jika tak mahu pisang goreng serap minyak, elakkan guna api terlalu perlahan.
Resipi bancuhan ini juga boleh digunakan untuk berniaga, dihalalnya oleh empunya resipi. Cuma kita doakan kesihatan beliau yang kini sedang dalam rawatan kanser.
Selamat mencuba
Sumber: Normala Kori
Apam Puri Kastard Lemak Manis Untuk Menu Berbuka

Menu apa berbuka hari ni? Kalau nak yang manis-manis boleh cuba resipi ini. Nikmatnya bila dapat makan satu, lembut dengan isi kastard.
Apam Puri Kastard
Bahan inti:
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
¾ cawan gula
2 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
Pewarna kuning
Cara membuat:
1.Masukkan semua ke dalam periuk.Kacau sehingga pekat menggunakan api perlahan.
2.Angkat dan sejukkan.
Bahan kulit:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
Secubit garam
Pewarna
Cara memasak:
1.Masukkan semua ke dalam bekas.Kacau sehingga sebati.
2.Kemudian tapis ke dalam bekas lain, masukkan pewarna yang kita suka.
3.Panaskan kuali,sapu sedikit minyak, tuang adunan, tunggu sehingga masak.
4.Angkat letak atas acuan karipap, letak inti di tengah-tengah kemudian tekap macam buat karipap.
5.Siap untuk dihidang.
*lepas bancuh adunan saya perap 5 minit.


Kredit: Siti Hadirah
Resipi Roti John Sedap. Buat Sendiri Lebih Jimat & Puas Makan!
Sedapnya Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed, Makan Sejuk-sejuk Memang Layan

