Kuih Lapis merupakan sejenis kuih yang berasal dari Indonesia. Kuih ini terdiri daripada beberapa lapisan dan boleh didapati dalam pelbagai warna. Teksturnya yang lembut dan warna yang menarik, pasti anak-anak suka. Kuih lapis simple yang biasa kita makan waktu minum petang, makan dengan kopi ‘O’ pun sedap. Resipi Kuih Lapis yang dikongsi Azmalaini Abd Rahman ini, diolah daripada resipi orang lain dan dipermudahkan cara membuatnya. Anda boleh cuba.
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung beras cap teratai – beli online di sini
125gm tepung jagung – beli online di sini
125gm tepung gandum – beli online di sini
300gm gula – beli online di sini
Sedikit garam
3 cawan santan (saya guna santan segar tanpa campuran air – resepi asal guna 2 cawan)
5 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masak gula bersama dengan air yang telah disukat. Kalau nak wangi, masukkan daun pandan (ambil dalam 2 cawan).
2. Satukan semua bahan, kacau dan tapis.
3. Alas loyang 10 x 10 dengan plastik 16x 16/14×14.
4. Guna api yang sederhana kuat.
6. Mula melapis. Lapisan 1 saya guna 400 ml. Banyak sedikit untuk cover tepung dalam kukusan, kadang kukusan kita tak sama bila berada di atas dapur.
11. Bila dah faham dengan rentak kuih anda, dengan resepi yang sama kita boleh buat jadi 10 layer.
12. Dari segi penggunaan warna, terpulang pada pilihan masing-masing.
Kredit: Azmalaini Abd Rahman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official