Ada bermacam-macam jenis kuih lapis dan cara memasaknya, semua sedap, cuma rasa yang berlainan sesuai dengan cita rasa semasa. Berikut dikongsikan resipi Kuih Lapis Pandan Koko yang mudah untuk anda yang baru nak cuba buat kuih lapis. Bahan tidak banyak dan sukat pun mengguna cawan sahaja. Sangat simple dan anda boleh mencubanya:-
KUIH LAPIS PANDAN KOKO (GUNA LOYANG 7X7)
BAHAN-BAHAN: BAHAN A: 2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi@jagung
3 1/2 cwn santan | dari sebiji kelapa
1 sudu teh garam BAHAN B: 1 1/4 cawan gula | kalau nak manis tambah sedikit lagi
1 cawan air
3 helai daun pandan(disimpul)
BAHAN C:
4 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar air suam untuk bancuh koko
ATAU boleh juga guna 1 sudu besar coklat emulco
1/2 cawan air pandan | 5 helai daun pandan+1/2 cawan air diblnder
Sedikit pewarna hijau CARA MEMBUAT:
- Masak bahan B hingga larut.Sejukkan.
- Satukan bahan A dan gaul rata.
- Masukkn bahan B ke dalam bahan A.Gaul rata kemudian tapis.
- Bahagikan adunan pada 2 bahagian. Satu bahagian dilebihkn sedikit.( saya lebihkan bahagian warna hijau) Satu bahagian letak pewarna hijau dan satu bahaian lagi warna coklat.
- Panaskan pengukus dan balut penutup deagn kain bersih.
- Sapukn loyang dengan sedikit minyak masak dan panaskaan dalam pengukus sebentar.
- Mulakan melapis. Saya guna 4 senduk adunan hijau. Kukus selama 5 minit.
- Kemudian lapis pula lapisan kedua.Saya guna 2 senduk adunan koko.Kukus selama 5 minit juga.
- Seterusnya ulangi proses yang sama hingga selesai.Saya buat 7 lapis.Lapisan terakhir kukus selama 25-30 minit.Angkt dan sejukkn dahulu baru dipotong.
INFO: Utk buat dalam kuantiti yang banyak gandakan bahan bahan dan gunakan loyang besar@yang bersesuaian dan proses mengukus dibahagian terakhir lebih kurang 40@45 minit.
Kredit : @marlinamurat