Kuih Lejen Laku Keras, Nak Buat Pun Tak Perlu Modal Besar

Share

Kuih lejen, kuih tiram antara yang masih ramai peminat setianya. Memang sedap dimakan terutamanya ketika menonton tv di rumah bersama keluarga.

Menerusi perkongsian daripada Aznor Aznora, dia membuat hasil jualan dengan meniaga kuih tiram yang ada 2 perisa, iaitu perisa original dan campur kacang tanah kisar.

 

RESIPI KUIH TIRAM LEJEN

 

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus tepung gandum cap ros
6 sudu makan marjerin (cairkan) – beli online di sini


1 biji telur (kacau dulu)
1 sudu makan garam
Air sejuk secukupnya (saya guna air sejuk coway je)
Minyak masak*
Tepung ubi* – beli online di sini
(Gaul bersama tepung ubi dan minyak masak, sedang-sedang pekat untuk sapuan pada tepung nanti)
Minyak (untuk menggoreng)

TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung 

TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja

CARA-CARA:

1. Tuang tepung gandum dalam bekas. Buat bulatan tengah-tengah. Letak garam di lubang tu.
2. Kemudian, tuang marjerin panas dalam lubang tepung tadi. Kacau dengan senduk bagi garam hancur, baru ratakan pad semua tepung.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Ramas sampai macam jadi serbuk roti. Kemudian tuang telur, gaul-gaul sekejap, baru curahkan air sejuk tu sedikit demi sedikit.


4. Uli sampai jadi doh, sedang-sedang lembut. Lepas tu, boleh canai untuk disapu dengan minyak dan tepung ubi yang sudah dibancuh tadi.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Kemudian, gulung baru potong dan lenyek.

*untuk mesin yang digunakan, untuk lenyek permulaan, saya guna no 1. Kemudian, nak bagi licin, guna no 2. Bila dah siap potong, nak lenyek bagi berlapis tu, saya guna no 1 semula.

Kredit resipi: Aznor Aznora

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
webadmin