Kuih Lepat Kacang Hijau Air Tangan Mak! Sedap Nampak..

Share

Banyak resipi yang boleh diolah dari kacang hijau, antaranya kuih lepat kacang hijau yang dikongsikan ini. Jarang sekali kita mendengar atau merasai , apa kata kamu cuba resipi air tangan mak ni, mesti sedap. Selamat mencuba!

 

RESIPI LEPAT KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm tepung beras
  • 50gm tepung jagung
  • 1 cawan gula merah
  • 1 1/2cawan air
  • 1/2cawan gula pasir (ikut kemanisan)
  • 1 1/2cawan santan kotak
  • 1 cawan kacang hijau (direbus dulu)
  • 1/2sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung beras , tepung jagung , santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati..
  2. Tapiskan kedalam periuk dan buka api perlahan masukkan gula, gula merah n garam dan kacau sampai pekat likat jangan behenti kacau.. kalau behenti akan berketul.. (masa dah pekat sikit masukkan kacang hijau)
  3. Biarkan sejuk sikit baru masukkan kedalam daun pisang.. boleh kukus dan boleh masukkan kedalam peti sejuk..

Kongsi resipi: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar

Published by
Mastura Abu Kassim