Kuih Limas, sekali imbas tengok macam tepung pelita, tapi bukan ye. Rasanya berbeza. Katanya terdapat di negeri Perak saja dan merupakan kuih tradisi Perak.
Resipi kuih limas ini mudah je, hanya guna tepung gandum. Mengikut resipi yang dikongsikan oleh puan Fatimah Saari ini, dapatlah anggaran dalam 8-10 biji saiz sederhana besar.
Kuih Limas
Bahan-Bahan:
Gula – boleh beli online di sini
Air
Kelongsong daun
Bahan-Bahan (Adunan Warna Hijau):
2-4 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan cair
Bahan Adunan Putih:
½ cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
Sedikit garam – boleh beli online di sini
1 cawan santan pekat
½ cawan air
Cara Membuat:
Kisar daun pandan dengan santan cair. Tapis.
Masukkan tepung gandum kacau sebati.
Sediakan acuan kelongsong daun pisang (temalong). Letak sesudu gula di dalam temalong.
Kemudian tuang adunan hijau. Kukus 10 -12 minit dengan api perlahan.
Buka penutup kukusan dan tuang adunan putih pula. Kukus kira-kira 12 minit lagi.
Dah siap kukus, boleh sejukkan dulu sebelum makan.
Letak dalam peti sejuk makan sejuk-sejuk lagi sedap. Rasanya ada lemak, manis dan masin. Sedap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Buat Lepat Jagung, Tiada Daun Pisang Pun Boleh Menjadi. Gunakan Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Kuih Tako Sengkuang Sedap Untuk Berbuka. Mudah Je
Kuih Tako Sengkung ni memang jadi kegemaran ramai. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa rangup sengkuang menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan tinggi terutamanya jika di bulan puasa. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sengkuang ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maria Bentalib ni. Pasti menjadi dan puas hati.
RESIPI KUIH TAKO SENGKUANG
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
- 100gm tepung jagung
- 850ml air pandan – (beberapa helai daun pandan dikisar)
- 400gm gula pasir
- 5 biji sengkuang cina – dikupas dan dipotong dadu kecil
- Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api hingga pekat dan jernih.
2. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan bersesuaian hingga separuh acuan. Sejukkan.
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
- 100gm tepung jagung
- 2 biji kelapa putih – jadikan 1520ml santan pekat
- Daun pandan
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.
2. Kemudian masak atas api hingga pekat.
3. Tuang panas-panas ke atas bahagian hijau yang sudah disejukkan tadi. Buat hingga habis dan sejukkan kuih.
4. Bila kuih telah sejuk, barulah disimpan di dalam peti sejuk.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Maria Bentalib
Koleksi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.
Masakan Kelantan memang cukup terkenal dengan aneka pilihan yang enak serta membuka selera. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang senarai makanan Kelantan ni. Ada diantaranya yang jarang dijumpai. Untuk memartabatkan kembali sajian asli Kelantan kepada generasi muda, saudari Wan Nor Susy Susanthy bermurah hati untuk berkongsian sajian warisan negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersama para pembaca RASA. Semuanya resipi turun temurun yang sangat enak dan mudah disediakan.
1. TERESEK JANTUNG PISANG KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang
- 500gm tulang / tengkuk/kaki ayam
- 10 tangkai kacang panjang – potong panjang 2 inci
- 6 tangkai cili kering
- 10 biji cili padi
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia 1 inci lengkuas
- 5 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan kerisik
- 1 biji kelapa – ambil santannya
- 1-2 keping asam gelugur @ asam jawa secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ambil jantung pisang dan hiris halus. Rendam dalam air garam anggaran 30 minit untuk membuang getahnya. Kemudian perah dan keringkan airnya. Ketepikan.
2. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering dan cili padi hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan rempah kari. Masak lagi seketika. 5. Masukkan tulang, tengkuk dan kaki ayam. Masak hingga empuk.
6. Kemudian masukkan santan dan masak lagi hingga pecah minyak.
7. Tambahkan hirisan jantung pisang dan kacang panjang. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan kerisik, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
9. Masak lagi hingga mendidih dan terbit minyak. Angkat dan boleh dihidangkan.
INFO:
* Hidangan ini sangat terkenal di negeri Kelantan. Kebanyakan dihidangkan semasa kenduri@sebagai juadah harian.
*Ada sesetengah masak hidangan ini menggunakan Kacang Panjang@Cendawan Sisir sahaja (hanya pada musim tengkujuh di Pantai Timur)
2. BUDU TUMIS KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg santan pekat (1 Biji Kelapa)
- 8 ulas bawang merah – kisar
- 2 ulas bawang putih – kisar
- 2 inci halia – kisar
- 3 batang serai – kisar
- 3/4 senduk kecil cili kering kisar lumat
- 3 keping asam gelugur
- 1 botol budu kampung @ budu botol
- Gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan kisar hingga halus. Kemudian masak dengan santan serta cili kering hingga pecah minyak.
2. Masukkan budu. Masak hingga terbit minyak.
3. Tambahkan asam gelugur, gula dan serbuk perasa secukupnya. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
4. Bila budu tumis kelihatan agak pekat, padamkan api dan sejukkan.
5. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih. Untuk menikmatinya, ambil budu tumis, patahkan cili, perah limau nipis dan cicah bersama ikan panggang tawar.
6. Jika ada lebihan, simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 6 bulan.
INFO:
*Jika nak buat dalam jumlah yang banyak, tambah kuantitinya.
* Budu Tumis ini sesuai untuk Nasi Putih. Budu Tumis untuk Nasi Kerabu, resipi dan cara masaknya berbeza.)
* Hidangan ini sangat terkenal di kalangan generasi lama kerana cara membuatnya agak rumit.
3. JERUK PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat petai
- 6-8 biji cili padi
- Garam kasar secukupnya
- Air masak
CARA MEMASAK:
1. Rebus@celur petai bersama kulitnya seketika. Angkat dan toskan air.
2. Bila petai telah sejuk, picit kulit petai dan ambil isinya. Basuh dan toskan sekali lagi.
3. Masukkan isi petai ke dalam botol bersih bersama dengan air masak, sedikit garam dan cili padi. Elak letak garam terlalu banyak kerana ia akan masin.
4. Simpan botol petai jeruk di tempat kering supaya tahan lama.
5. Sedia untuk dinikmati mengikut selera masing-masing.
INFO:
*Petai jeruk biasanya diperam 2-3 hari @ seminggu supaya rasanya lebih sebati.
*Sedap dimakan bersama Ikan Panggang Tawar@Ikan Rebus dan dipenyek cili.
*Jeruk Jering juga boleh dibuat cara yang sama cuma Jering tidak perlu direbus. (guna jering semai baru sedap dimakan kerana rasanya yang lebih rangup.)
4. SOLOK LADA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg ikan selayang /sardin – direbus dan ambil isinya
- 14 biji cili solok @ cili hijau – buang biji
- 1 biji kelapa muda – diparut (separuh kelapa parut disangai hingga agak kekuningan (dijadikan Kelapa Goreng)
- Santan secukupnya – anggaran 1/2 – 1 cawan
- 7 biji bawang merah – tumbuk halus
- 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 1 inci Halia
- 2 batang serai – ditumbuk halus
- 1/2 sudu teh lada hitam
- Sedikit Jus Asam Jawa
- 10-12 tangkai kacang panjang @ pucuk Ubi Kayu
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili hijau, belah panjang bagi membentuk poket dan buang bijinya. Ketepikan.
2. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, serai,halia garam dan gula hingga halus.
3. Tambahkan isi ikan rebus yang telah dibuang tulang dan kulit. Tumbuk lumat. Masukkan ke dalam bekas besar.
4. Seterusnya masukkan kelapa parut dan kelapa goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi hingga lumat. Tuang ke dalam bekas berisi ikan tadi.
5. Gaul rata semua bahan dan kelapa tadi hingga rata.
6. Ambil bahan tumbuk dan isikan ke dalam cili hingga mampat. Lakukan hingga habis.
7. Ambil periuk bersesuaian, susun(lapik) kacang panjang@pucuk ubi di dasarnya sebagai alas. Fungsinya supaya manis air kacang@pucuk ubi menyerap pada Solok Lada.
8. Tuang santan, tutup periuk dan rebus Solok Lda Periuk guna api sederhana hingga cili masak dan lembut.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
5. SIRA ROTI GULA
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti bata @ roti babu
- 3 biji telur
- 1 cawan air – boleh lebihkan
- 1/2 cawan gula
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1-2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan hiris nipis-nipis. Kemudian celup dalam telur yang telah dipukul.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng roti yang dicelup tadi. Lakukan hingga habis. Angkat dan letak dalam pinggan.
3. Dalam periuk berlainan, rebus air bersama daun pandan, gula, bunga cengkih dan sedikit air gula untuk dijadikan air gula.
4. Bila gula telah larut, tuang air gula tadi pada roti yang telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas dan mempunyai rasa lemak manis.
6. SIRA ROTI SANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti bata @ roti Babu
- 2 cawan santan
- Sedikit air
- 2-3 biji telur
- 1 helai daun pandan
- Secubit garam
- 1/2 cawan gula
- 1-2 kuntum bunga cengkih
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Potong kecil roti dan celup dalam bancuhan telur yang telah dipukul.
2. Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng roti telur tadi sekejap sahaja (hingga sedikit garing). Ketepikan.
3. Untuk menyediakan kuahnya, masukkan santan, gula, garam, daun pandan dan bunga cengkih ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
4.Masukkan roti yang digoreng tanpa minyak tadi. Masak sehingga roti sedikit lembut.
5. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut. Enak Dinikmati Sejuk
7. PINDANG TAPAI UBI (PENCUCI MULUT MUSIM TENGKUJUH)
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan gula
- Tapai Ubi Kayu
- 1 helai daun pandan
- Sedikit kiub ais
CARA MEMASAK
1. Masak santan bersama gula hingga larut. Kemudian masukkan daun pandan.
2. Bila santan kembali mendidih, masukkan tapai masak seketika.
3.Angkat dan masukkan sedikit kiub ais. Sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
INFO:
Pencuci mulut ini popular semasa musim tengkujuh di negeri pantai timur..Enak dimakan bersama pulut putih@Kosong
Kredit resipi & foto: Wan Nor Susy Susanthy Bt Wan Abdul Nasir ( FB: Susy Susanthy)
Hanya Guna Sukatan Cawan, Kuih Permata Zamrud Sangat Sedap Dimakan
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Hidayati Hana telah berkongsi resipi kuih permata zamrud. Kuih ini nampak sangat mewah dengan rona hijau putih. Ditambah pula dengan inti kelapa yang dimasak bersama gula merah. Manis-manis lemak gitu.
Kuih Permata Zamrud adalah salah satu kuih tradisi yang masih diminati sampai sekarang. Rasanya lemak manis dan sangatlah menawan selera. Orang lama pastinya suka makan kuih ini. Bolehlah cuba buat nanti ya.
.
BAHAN INTI KELAPA
3/4 cawan gula merah
1 sudu besar gula putih
1/2 cawan air
Sehelai daun pandan (disimpul)
1 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
1 sudu besar tepung gandum (BELI DI SINI)
.
Inilah intinya.
CARA MEMASAK INTI KELAPA
1. Dalam kuali, masak gula merah, gula putih dan air. Masukkan daun pandan sehingga gula larut.
2. Selepas gula larut, masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3. Apabila sudah kering, masukkan tepung gandum dan tutup api.
4. Biarkan sejuk. Kemudian bulat-bulatkan. Ketepikan.
RESIPI ADUNAN HIJAU
1 cawan tepung pulut (BELI DI SINI)
1 sudu besar tepung gandum (BELI DI SINI)
Secubit garam
1/2 cawan air
Pewarna hijau
CARA BUAT ADUNAN HIJAU
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian letak pewarna hijau. Uli sebati hingga jadi doh.
3. Ambil doh dan bulatkan. Leperkan sedikit untuk senang masukkan inti.
4. Tutup semula dan bentukkan bulat-bulat.
5. Masukkan dalam bekas kuih lompang yang sudah disapu sedikit minyak masak.
6. Sudah siap, ketepikan.
ADUNAN PUTIH
2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras (BELI DI SINI)
2 sudu besar tepung jagung (BELI DI SINI)
2 sudu besar tepung gandum (BELI DI SINI)
Secubit garam
Sehelai daun pandan
CARA MEMBUAT ADUNAN PUTIH
1. Untuk adunan putih pula, campurkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sehingga sedikit pekat tapi jangan likat sangat.
3. Apabila siap, tutup api.
CARA MEMASAK
1. Tuangkan adunan putih ke dalam acuan lompang. Jangan isi penuh sangat.
2. Ulangi langkah ini sampai habis adunan.
3. Panaskan pengukus.
4. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
.
Wow!.
Selamat mencuba!
Kredit: Facebook Hidayati Hana
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7