Kuih Melayu Lemak, Pedas, Berempah. Memang Cukup Rasa

Share

Bagi peminat juadah kuih muih tradisi pastinya tidak dapat melupakan keenakan hidangan ini yang sememangnya memenuhi cita rasa. Lemak, pedas, berempah…Memang cukup rasa! Pendek kata sekali makan, nak lagi cuba berkali-kali.

Lambakan manisan serta pastri moden seolah-olah menenggelamkan hidangan warisan ini. Tidak…Selagi ada peminatnya, aneka kuih muih asli ini pasti akan tetap ada. Lihat sahaja di pasar-pasar atau restoran yang menjual aneka kuih muih tradisional yang sedap, pasti ramai yang berkunjung untuk menikmatinya.

Jom lihat senarai kuih-kuih tradisional Melayu yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia.Nak buatnya pun senang. Anda boleh cuba.

 

1. CUCUR BADAK

 

BAHAN-BAHAN A:

  • 200gm ubi keledek|direbus dan lecek
  • 120gm tepung gandum
  • Sedikit garam

BAHAN-BAHAN B:

  • 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
  • 15 ekor udang sederhana|buang kulit dan cincang
  • 4 biji cili merah|kisar
  • 4 biji bawang merah|kisar
  • 2 ulas bawang putih|kisar
  • 1 batang serai|dimayang halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti cucur badak, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang yang dicincang dan kelapa parut. Tumis sehingga agak garing. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
  3. Untuk menyediakan doh pula, satukan semua bahan dan bentukkan ia menjadi  bulat kemudian dileperkan. Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan.
  4. Goreng di dalam api yang sederhana sehingga ia menjadi kekuningan.

Info Chef: Pastikan cucur badak digoreng di dalam api yang kecil untuk mengelakkan ia menjadi hangus.

 

2. CUCUR KETAM BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm tepung naik sendiri-BELI ONLINE DI SINI
  • 150ml air
  • 100gm isi ketam|dihancurkan
  • 3 tangkai kucai|dipotong kecil
  • 1 biji cili merah|dicincang halus
  • 1 biji bawang besar|dimayang halus
  • 1 biji telur
  • 5gm soda bikarbonat-BELI ONLINE DI SINI
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
  2. Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
  3. Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
  4. Hidangkan bersama sos pilihan.

Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.

ANDA MUNGKIN SUKA:

 

3. JEMPUT-JEMPUT KENTANG & SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 420gm tepung gandum
  • 250ml air
  • 125ml susu
  • 8 ekor sotong|dihiris halus
  • 2 biji ubi kentang|disagat
  • 5gm garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh tepung bersama air dan susu sehingga sebati. Tambah garam dan lada sulah. Masukkan sotong dan ubi kentang. Gaulkan sehingga ia sebati.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ambil sesudu bancuhan dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Goreng sehingga kekuningan atau sehingga masak. Toskan.
  4. Hidangkan bersama sos pilihan.

Info Chef: Selain penggunaan susu, krim segar turut boleh digunakan di dalam penyediaan cucur ini.

 

4. KARIPAP INTI KELEDEK & AYAM

BAHAN-BAHAN A:

  • 500gm tepung gandum
  • 200ml air
  • 125ml minyak masak
  • 60gm marjerin

BAHAN-BAHAN B:

  • 2 biji ubi keledek|dibersihkan dan dadu kecil
  • 125gm isi ayam rebus
  • 60gm rempah kari
  • 1 labu bawang besar|dicincang halus
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
  2. Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
  3. Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
  4. Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
  5. Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.

Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.

 

5. POPIAH GORENG BERINTI SAYUR

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping kulit popia
  • 6 ekor udang|dicincang
  • 250gm hirisan kubis panjang
  • 1 batang lobak|diparut
  • 125gm sengkuang|potong memanjang kecil
  • 5 biji bawang kecil|tumbuk halus
  • 4 ulas bawang putih|tumbuk halus
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.  Masukkan udangdan kesemua sayuran lain.
  2. Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa. Sejukkan inti seketika.
  3. Ambil sesudu inti dan letak di atas kulit popia, gulung kemas. Goreng popia di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan tos.
  4. Hidangkan bersama sos pilihan.

Info Chef: Penggunaan udang boleh digantikan dengan isi ketam.

MESTI CUBA:

http://www.rasa.my/resipi-rahsia-keenakan-pulut-panggang-orang-pantai-timur-patutlah-terlajak-sedap/

 

6. PULUT PANGGANG SERUNDING

BAHAN-BAHAN A:

  • 300gm pulut
  • 250ml santan pekat
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang/daun nyirik secukupnya

BAHAN-BAHAN  UNTUK SERUNDING:

  • 200gm udang segar|bersihkan dan cincang kasar
  • 50gm udang kering|ditumbuk lumat
  • 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
  • 2 batang serai|dimayang halus
  • 4 biji cili merah|tumbuk lumat
  • 5 biji bawang merah|tumbuk lumat
  • 4 ulas bawang putih|tumbuk lumat
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
  2. Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
  3. Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
  4. Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik.  Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
  5. Isikan inti dan kemaskan balutan.  Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.

Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik.

7. PULUT TANAK SAMBAL BILIS

BAHAN-BAHAN A:

  • 500ml santan pekat
  • 50ml air
  • Sedikit garam

BAHAN-BAHAN B:

  • 100gm ikan bilis|goreng garing
  • 10 biji cili padi|dikisar
  • 2 biji cili hijau|dikisar
  • 5 biji bawang merah|dikisar
  • 4 ulas bawang putih|dikisar
  • 1 labu bawang besar|dipotong bulat
  • 5ml air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan A di dalam periuk.  Tanak sehingga pulut masak.
  2. Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
  4. Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
  5. Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.

Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.

BOLEH CUBA:

8. ROTI JALA & KARI SOTONG

BAHAN-BAHAN UNTUK ROTI JALA:

  • 375gm tepung gandum
  • 500ml air
  • 10ml minyak sayur
  • 2 biji telur
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning

BAHAN-BAHAN UNTUK KARI SOTONG:

  • 6 ekor sotong|dipotong kecil
  • 2 biji ubi kentang|dipotong dadu besar
  • 400ml santan pekat
  • 5 biji bawang merah|dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih|dikisar halus
  • 60gm rempah kari
  • 30gm serbuk cili
  • 15ml air asam jawa
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa
  • Gula perang secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan untuk menyediakan roti jala ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
  2. Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
  3. Masak untuk beberapa minit dan gulung dengan kemas.
  4. Untuk membuat kari sotong, tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis lagi selama beberapa minit.
  5. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tuang sedikit air dan didihkan hingga rempah pecah minyak.
  6. Masukkan sotong, ubi kentang, santan, air asam jawa dan didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam dan gula perang secukup rasa.

Info Chef: Untuk kelainan, titikkan pewarna pandan ke dalam adunan roti jala untuk memberi rasa dan aroma yang lebih enak.

 

9. SAMOSA

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia secukupnya
  • 2 biji ubi kentang – bersihkan & dadu
  • 10-15 ekor udang sederhana – bersihkan & cincang
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 labu bawang besar – cincang
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan daun kari dan sedikit air. Masukkan ubi kentang dan tambah dua sudu makan air. Didihkan hingga ubi kentang empuk.
  2. Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sebati hingga inti menjadi kering. Sejukkan.
  3. Untuk membuat samosa; ambil sekeping kulit popia, letakkan sesudu inti ke dalamnya dan bentukkan mengikut cita rasa(gulung/segi tiga).
  4. Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kuning keperang-perangan.

 

10.LEMPENG GULUNG DAN SAMBAL IKAN

Bahan-bahan A:

  • 150g tepung gandum
  • 350ml air
  • 1 biji telur
  • Sedikit minyak
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan B (sambal ikan):

  • 3 ekor ikan kembung/selar – potong kecil & goreng garing
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 labu bawang besar – potong bulat
  • 4 ulas bawang merah – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campur semua bahan A di dalam mangkuk pengadun. Kacau rata hingga bancuhan menjadi likat ( tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair).
  2. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Ambil sesenduk bancuhan tepung dan ratakan menjadi kepingan lempeng yang nipis.
  3. Biarkan lempeng masak untuk beberapa minit. Keluarkan lempeng dari kuali. Gulung dan ketepikan.
  4. Untuk membuat sambal ikan: panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi dan agak garing. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ikan yang telah digoreng di dalam sambal dan kaup-balikkan. Hidangkan bersama lempeng gulung.

NAK DAPATKAN PERALATAN MEMASAK BARU?  Klik sini .

Published by
Putri Adila Saari