Kuih generasi mak-mak dan opah ni elok sangat dipopularkan kembali. Nak nak oleh generasi muda. Sayang kalau kuih ni berlalu dan hilang begitu sahaja.

Tengok aje Lompang Sagu ni bukan hanya cantik dipandang tapi rasanya pun sedap manis dan tekstur kenyal memang layanlah kalau buat kudapan teman kopi di petang hari. Nak membuatnya cukup senang perlu tiga bahan utama je, sagu kelapa dan gula. Kuih Wadai Kipeng ni pun dah agak jarang dihidangkan

Apa lagi korang kena cuba dulu, baru tahu rasanya….

KUIH LOMPANG SAGU


Kuih Muih Dolu Dolu Memang Rare. Tapi Rasa Tak Boleh Kompromi Sedapnya
.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sagu mata ikan warna hijau – beli online DI SINI
  • Sedikit air
  • Secbit garam

BAHAN INTI:

IKLAN
  • 1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
  • Sedikit pewarna merah – beli online DI SINI
  • 3 sudu makan gula pasir – beli online DI SINI
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Cuci sagu di bawah air mengalir kemudian toskannya.
2. Taburkan sedikit garam dan gaul rata dan padatkan. Ketepikan.
3. Sementara itu, campurkan campurkan kelapa dengan gula, pewana merah dan secubit garam, gaul rata dan goreng sangai hingga sedikit garing.
4. Setelah masak, ketepikan, biar sejuk.
5. Panaskan pengukus, sementara itu masukkan sagu dalam acuan kuih lompamg 3/4 acuan.
6. Tekan tengahnya untuk membentuk lubang dan masukkan inti merah di tengahnya.
7. Kukus hingga masak (lebih kurang 15-20 minit.
8.Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.

WADAI KIPENG


Kuih Muih Dolu Dolu Memang Rare. Tapi Rasa Tak Boleh Kompromi Sedapnya
.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan tepung pulut – beli online DI SINI
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning – beli online DI SINI
  • Secubit garam – beli online DI SINI

BAHAN KUAH SANTAN:

  • 1 keping gua melaka – beli online DI SINI
  • 2 cawan santan pekat – beli online DI SINI
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam -beli online DI SINI
  • Sedikit gula | jika kurang manis

CARA MEMASAK:
1. Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
2. Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
3. Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
4. Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
5. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
6. Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
7. Sementara itu, sediakan kuah santan.
8. Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
9. Didihkan atas dapur dengan api sederhana dan sentiasa kacau.
10.Apabila mendidih, tutup api.
11. Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan.

 

IKLAN

ANDA  MENCARI ALAT PENGUKUS TERKINI DAN EFEKTIF, JOM BELI DI SINI

ANDA MUNGKIN TERTARIK DENGAN VIDEO INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Cara Mudah Masak Kuih Lapis Guna Acuan Lompang.

 4 Menu Dari Keledek , Sedap DiHidang Kuih & Bubur.

https://www.rasa.my/minuman-air-mangga-manisan-segar-ohh-nyamannya/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI