Selain nasi, pulut menjadi kegemaran ramai. Pulut juga sering diolah menjadi kuih muih untuk menu minum petang atau acara makan-makan.
Kalau ada yang nak membuat sendiri kuih muih dari olahan pulut, min kongsi resipinya.
PULUT INTI MANIS
BAHAN INTI
50gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300gm kepala parut
CARA MEMASAK
Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
Masak hingga gula larut.
Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul sebati, biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.
BAHAN PULUT
100gm beras pulut
100gm air
50gm santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
Kukus beras pulut dengan air, garam dan santan sehingga masak.
CARA PENYEDIAAN
Ambil sedikit pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.
Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.
Sedia dimakan.
Info chef: Pulut direndam semalaman terlebih dahulu sebelum ditanak/dikukus untuk menjimatkan masa semasa memasak pulut
Resipi: Rozelinda Mustapha
TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN A
(BAHAGIAN BAWAH):
2 cawan beras pulut | dibersihkan dan tos
250ml santan cair
Sedikit garam
BAHAN BAHAGIAN B
(BAHAGIAN ATAS):
3 biji telur
500ml santan pekat
150gm gula merah
150gm gula pasir
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bahagian pulut; masak beras pulut bersama santan.
2. Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan permukaannya supaya padat. Ketepikan.
3. Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
4. Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong.
Pulut Lepa Berinti Sambal Ikan
BAHAN SAMBAL IKAN
4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam
8 biji cili kering | dikisar halus
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
2.Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
3.Setelah bahan tumisan nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
4.Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai.
Sejukkan.
BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut | basuh dan rendam minimum 1 jam)
1/2 cawan santan pekat
4-5 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
1.Kukus pulut selama 30 minit.
2.Dalam bekas berasingan, satukan santan, gula dan garam. Larutkan. Jika menggunakan santan kotak, tambah 2 sudu makan minyak masak.
3.Angkat pulut dan gaul bersama campuran santan tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 20 minit. Angkat.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang dan sudukan 1 sudu makan pulut. Ratakan.
2.Letakkan 2 sudu teh sambal ikan dan gulung dengan kemas.
3.Cucuk lidi di bahagian hujung gulungan pulut.
4.Bakar seketika menggunakan bara yang tidak terlalu panas sehingga daun pisang menjadi sedikit hangus.
5.Angkat dan sedia untuk dinikmati.