Kuih Muih Tradisi Kelantan, Nama Pelik Tapi Sedap, Cukup Lemak Manisnya.

Share

Kebanyakan kuih-muih di Kelantan berasaskan tepung pulut, beras, santan dan wajib manis, sebab tu sedap walaupun ada setengah nama kuihnya pelik-pelik.  Ternyata orang-orang Cik Siti Wan Kebang kreatif  buat kuih. Tak percaya cuba beberapa jenis kuih yang Rasa kongsikan resipinya ini. Sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa.

BEKO PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit
  • 1/2cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1/2cawan air daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:
1.  Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.

2. Campurkan kelapa yang telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam dalam mangkuk adunan

3. Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.

4. Panaskana ketuhar pada suhu 170C.

5. Sementara itu, sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian panaskan dalam ketuhar.

6. Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dalam acuan hingga penuh dan bakar semula hingga masak.

7. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.

 NEKBAT SIRA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung beras
  • 10 biji telur
  • Sedikit pewarna oren

BAHAN SIRA:

  • 500ml air
  • 150gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Tepung beras digoreng sangai dengan api sederhana hingga kering. Ketepikan.
  2. Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau rata.
  3. Panaskan acuan di dalam ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.
  4. Tuankan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas bawah padaa suhu 170C.
  5. Bakar hingga kekuningan atau garing.
  6. Setelah masak keluarkan dari ketuhar.
  7. Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula hingga mendidih.
  8. Masukkan daun pandan dan cengkih.
  9. Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.
  10. Kuih sedia dihidangkan.

KUIH ULAT BULI

BAHAN-BAHAN:

  • 1cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh air kapur
  • 2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dengan sedikit garam galus

BAHAN INTI:

  • 1/2cawan kacang hikau
  • Sedikit gula Melaka
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 kelapa parut
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, rebus kacay hijau bersama daun pandan hingga empuk.
  2. Apabila kacang lembut dan air kering masukkan santan, gula Melaka , gula pasir dan sedikit garam.
  3. Kacau rata hingga garing.
  4. Tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.
  6. Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah Melaka.
  7. Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.
  8. Buat sampai habus.
  9. Didihkan air kemudian, rebus adunan.
  10. Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dalama bekas berisi kepala parut.
  11. Golek-golekkan dan masukkan dalam piring hidangan.
  12. Sedia dihidangkan.

TAHI ITIK

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji putih telur
  • 500ml santan
  • 400gm gula pasir
  • 100gm tepung pulut
  • 150gm tepung beras
  • 1 helai daun pandan |carik-carik dan simpul

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan kecuali daun pandan dalam mangkuk. Kacau sebati.
  2. Masukkan dalam periuk bersama daun pandan dan masak atas api sehingga masak.
  3. Kemudian sejukkan
  4. Setelah sejuk boleh bentukkannya mengikut cita rasa.

 

BELEBAT UBI STELO

BAHAN-BAHAN:

  • 160gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
  • 125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
  • 3 biji pisang emas masak di lecek kasar
  • 800ml santan
  • 1sudu teh garam halus
  • Daun pisang secukupnya |layur dahulu

CARA MEMASAK:

1. Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.

2. Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.

3.Tapis dalam periuk dan masak adunan yg ditapis hingga pekat.

4. Campur ubi dan pisang.

5.Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.

6.  Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.

Published by
Norasida Myasin