Kuih Nagasari Lemak Manis

Share

Memang sedap dapat nikmati kuih tradisi seperti kuih nagasari. Sedap tak terkata. Nak makan sedap macam ni kenalah rajin membalutnya. Pasti ada yang suka, jom kita buat untuk minum petang. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Fauziah.

KUIH NAGASARI
Bahan-bahan:
1 beg tepung beras gajah 3(500gm)
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
6 1/2 cawan santan
3 helai daun pandan
pisang berangan @ pisang nangka (Tp sis lebih suka pakai pisang berangan je))
daun pisang

Cara memasak:

1.Masukkan tepung beras,gula pasir.garam daun pandan yang disimpul ke dalam periuk.


2.Tuang santan.
3.Bancuh sedikit demi sedikit sampai habis..

4.Masak bancuhan tadi di atas api yang sederhana besar dan masak sampai pekat.


5.Gaul rata sampai berketul-ketul.
6.Gaul-gaul, ratakan.
7.Kecilkan api. Masak sampai pekat dah berkilat.

Kukus 10 minit @ 15 minit 

1
2
3
4
5

Kredit : Fauziah Ujie

 

Published by
Putri Adila Saari