
Cuti hujung minggu kalau dimeriahkan dengan manisan untuk sarapan pagi adalah bonus untuk surirumah. Encik suami mesti tersenyum lebar bila dihidangkan manisan kegemarannya ini. Resipi asal dari Azie Kitchen olahan Anith Syazwani sangat menarik menggunak acuan shell tart lain dari yang lain. Selamat mencuba.
KUIH NONA MANIS
(Bahan A)
- 1 biji telur
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan santan- campur santan kotak dgn sedikit air jadikan 1 cawan
- 1 cawan tepung gandum
- Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender
- Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata. Saya kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan
(Bahan B)
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air daun pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis.
- 1/4 cawan gula halus
- 1/4 cawan tepung jagung
- Secubit garam
- Sedikit pewarna hijau apple
CARA MEMASAK:
- Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku. - Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih.
(Bahan C)
- 1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam halus
* Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.
Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung bag plastik).
CARA MEMBUAT NONA MANIS:
- Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
- Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
- Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang.
- Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.
Kredit resipi: Anith Syazwani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baklava. Hidangan Istimewa Buat Si Pencinta Manisan.

Manisan Arab yang penuh rasa kekacang dan disiram dengan sirap manis. Bagi yang mempunyai masalah diabetes, boleh cuba kurangkan jumlah gulanya.
BAHAN-BAHAN:
- 100gm kacang walnut | cincang/kisar
- 200gm kacang pistachio | cincang/kisar
- 100gm kacang tanah | cincang/kisar
- 100gm kacang hazelnut | cincang/kisar
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh air mawar
- 1 roll (500gm) filo pastri
- 250gm mentega | cairkan
- 250gm gula
- 1 cawan air
- ½ cawan madu
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- 1 sudu teh kulit lemon yang diparut
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 175C. Ketepikan.
- Gaulkan serbuk kayu manis dan semua jenis kacang bersama. Sementara itu tutup filo pastri dengan kain yang lembap untuk mengelakkan daripada ia kering.
- Letakkan 2 -3 helai filo pastri di atas dulang pembakar, sapu dan ratakan dengan mentega yang telah cair. Ratakan campuran kacang di atasnya sebanyak 2 – 3 sudu makan dan renjiskan air mawar. Ulang proses ini mengikut ketebalan yang dikehendaki.
- Potong bentuk berlian atau apa saja bentuk yang dingini sebelum bakar.
- Bakar selama 50 minit sehingga warna keemasan dan kelihatan garing.
- Sementara menanti baklava masak, masak air gula (sirap). Campurkan madu, ekstrak vanila dan parutan lemon. Perlahankan api dan reneh selama 20 minit.
- Keluarkan baklava dari ketuhar dan sira di atas baklava dengan sirap yang telah dimasak tadi. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: Diingatkan untuk ratakan setiap lapis filo pastri tersebut dengan mentega yang telah dicairkan.
Penggemar Tempe, Ini 5 Menunya Yang Mudah & Sedap Sesangat.

Anda penggemar tempe tapi jemu dengan tempe goreng atau sambal? Usah risau sebab banyak lagi menu yang boleh anda pelbagaikan dengan makanan kaya dengan protein Ini. Berikut Rasa kongsikan lima menu tempe sedap dan ringkas yang gerenti bukan anda sahaja suka tetapi anak-anak juga. Tak percaya anda kena cuba ye…
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | hiris menyerong
- 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
- 2 ulas bawang putih | titik
- 8 biji cili padi | hiris
- Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh air asam jawa
- 1 sudu makan kicap pekat panis
- Garam, gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
- Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
- Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih
TEMPE TUMIS BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1paket tempe | hiris
- 200gm udang | buang kulit
- 1 biji bawang besar| hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 10 biji cili padi | hiris
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak , goreng tempe hingga sederhana masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak tinggal sedikit, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang, kacau seketika, masukkan tempe.
- Perasa dengan sos tiram, garam dan gula secukupnya.
- Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas.
TEMPE GORENG DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong dadu
- 1 keping tauhu | potong dadu
- 2 pokok daun bawang | potong 3cm
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan udang kering
- 2 ulas bawang putih | titik
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
- Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kacau seketika dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
- 1biji telur
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan Sos Cili Thai
- 1biji cili merah | cincang halus
- 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
- Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
- Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
- Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
- Sedia dihidangkan.
TEMPE TENDER BERSAMA SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong memanjang
- 1 biji telur
- 1 cawan nestum | hancurkan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Secubit garam
BAHAN SOS KICAP:
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 6 ulas cili padi
- 1 biji cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
- Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
- Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
- Tempe sedia dihidangkan dengan sos kicap.
Aneka Menu Vegetarian Sempena Tahun Baru Cina

Isi Kandungan
ToggleJika anda pengamal diet vegetarian,usah bersusah hati kerana kini banyak restoran juga kafe yang menyediakan pelbagai menu sihat dan menyelerakan. Menikmati makanan sebegini menjadikan diri lebih aktif dan bertenaga dari biasa. Selain itu tubuh badan terasa lebih ringan dan konsentrasi anda lebih peka serta daya kreativiti lebih tinggi. Tambah lagi stamina jadi tinggi dalam melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan senaman. RASA memberi idea buat anda cuba menu sihat ini lantas menjadi rutin dalam pemakanan seharian.

PIZZA RATATOUILLE
Chef Azzul
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 30-45 minit
Keistimewaan: Kaya dengan sayur-sayuran
Jenis masakan: Roti
Anggaran kos: RM30
Bahan-bahan:
Roti Pizza:
250gm tepung gandum
5gm garam halus
180ml air suam
4gm yis/ragi
5gm gula
25gm minyak zaitun
Sos Tomato:
50gm minyak
25gm pes tomato
350ml tomato puree
4gm garam
5gm gula
Inti Pizza sayuran:
50gm terung | dihiris nipis
50gm Zuchinni hijau | dihiris nipis
50gm cili bengala merah
50gm tomato | dihiris nipis
5gm daun selasih
100gm keju mozzarella sayuran
Cara memasak Roti Pizza:
1.Larutkan yis dan gula dengan menggunakan air suam selama lebih kurang 5 minit.
2.Campurkan tepung gandum yang diayak bersama garam.
3.Kemudian tuangkan campuran air yis tadi, gaul dan uli sehingga rata.
4.Tambahkan minyak zaitun dan uli lagi sehingga bercampur rata.
5.Tutup adunan dengan kain atau plastik penutup makanan.
6..Biar selama 40 atau 1 jam. 15.Kemudian uli dan bentukkan selebar 20-25 cm.
7.Cucuk permukaan dengan garpu untuk mengelak roti dari kembang
8.Kemudian bakar selama 2-3 minit.
Sos tomato:
1.Panaskan minyak.
2.Tumis pes tomato.
3.Tambahkan tomato puree.
4.Garam dan gula secukup rasa.
5.Didihkan sehingga sos pekat.
Inti pizza sayuran:
1.Sapukan sos tomato di atas roti pizza.
2.Tabur keju sayuran di atas roti.
3.Susun sayuran dan daun selasih mengikut selera.
4.Tabur keju sayuran selebihnya sehingga menutup pizza.
5.Bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.

IKAN GORENG DENGAN SOS LEMON – Chef Chew
Saiz hidangan: 5-6 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Keistimewaan: Enak dengan rasa masam manis.
Jenis masakan: Lauk pauk.
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
500gm minyak masak
500gm ikan vegetarian
300gm lemon sos
20gm cuka putih
50gm tepung sagu
30gm perasa sayuran
Cara memasak:
1. Panaskan minyak untuk mengoreng ikan dengan tepung. Kemudian ketepikan.
2.Keluarkan sedikit minyak gorengan tadi dari kuali. Masukkan lemon sos dan juga sedikit cuka putih.
3.Masukkan sedikit air dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
4.Setelah itu, masukkan serbuk perasa sayuran dan rasakan masam manisnya.
5.Tuangkan sos ke atas ikan tadi dan hiaskan dengan hirisan buah lemon.

AYAM GORENG DENGAN MENTEGA NESTUM
– Chef Chew
Saiz hidangan: 5-6 orang.
Waktu memasak: 15-20 minit.
Keistimewaan: Sedap berkrim
Jenis masakan: Lauk pauk
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
500gm minyak masak
500gm ayam vegetarian
200gm planta
200gm nestum
100gm daun kari
Cara memasak:
1.Panaskan minyak untuk menggoreng ayam kemudian ketepikan setelah siap.
2.Panaskan kuali dan masukkan planta biarkan sampai marjerin itu cair.
3.Masukkan daun kari dan kacau perlahan.
4.Masukkan ayam dan nestum sambil kacau perlahan.
5.Masukkan serbuk perasa sayuran dan kacau rata.
6.Masukkan sedikit gula. Setelah siap masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

BROKOLI DENGAN SOS KETAM
– Chef Chew
Saiz hidangan 6-7 orang:
Waktu memasak: 15 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan nutrisi.
Jenis masakan: Sayur-sayuran
Anggaran kos: RM12
Bahan-bahan:
600gm brokoli
200gm cendawan hitam
200gm sos tiram sayuran
50gm stok sayuran knorr
200ml minyak jagung
200gm isi ketam vegetarian
Cara memasak:
1.Bersihkan semua sayuran brokoli dan dipotong.
2.Kemudian panaskan air sehingga mendidih.Rebus brokoli serta angkat dan sendukkan ke dalam rendaman ais batu.
3.Bersihkan cendawan hitam dan rebuskan cendawan hitam itu terlebih dahulu.Bila sudah masak, rebuskan cendawan hitam bersama sos tiram dan isi ketam.
4.Perasakan dengan perasa sayuran knorr, setelah siap masukkan ke dalam pinggan serta aturkannya bersama-sama dengan brokoli tadi.
5.Siramkan dengan sos tiram dan hiaskan.
Selain menggunakan planta, boleh tukar dengan mentega.

SUP JAGUNG DENGAN LABU KUNING
– Chef Chew
Saiz hidangan: 8-10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa jagung dan labu
Jenis masakan: Sayur-sayuran
Anggaran kos: RM12.
Bahan-bahan:
1kg labu kuning
1 tin jagung kreamer manis
20gm tepung jagung
20gm serbuk perasa sayuran
Cara memasak:
1.Labu kuning direbus sebiji dan dibuang isi dalamnya.
2.Biarkan labu kuning itu direbus sehingga masak.
3.Masakkan sup jagung dan perasakan dengan perasa sayuran. Setelah siap tuangkan sup itu ke dalam labu kuning yang telah direbus.
4.Kemudian bolehlah dihidangkan.

NASI GORENG DENGAN DAGING BBQ
– Chef Chew
Saiz hidangan:5-6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Enak dan tak pedas
Jenis masakan:Nasi
Anggaran kos: RM15
Bahan-bahan:
500gm nasi putih
300gm vegetarian daging BBQ
200gm sayur campuran ( mixed vege )
200gm minyak masak
30gm perasa sayuran
360gm sos tiram sayuran
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumiskan ke semua bahan dan masukkan daging BBQ, sos tiram sayuran dan sayur campuran.
2.Kacau perlahan dan biarkan semua bahan-bahan itu masak sebati sehingga kelihatan cantik.
3.Masukkan nasi, kacau hingga rata.
4.Masukkan serbuk perasa sayuran, kacau hingga nasi dan sayuran menjadi sebati.
5.Tutup api dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

VEGETARIAN MUTTON MASALA
– Chef Alipah
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 20-25 minit
Keistimewaan: Enak berempah
Jenis masakan: Lauk Pauk
Anggaran kos: RM30
Bahan-bahan:
300gm minyak masak
500gm kambing vegetarian
50gm cili giling
50gm serbuk cili
10gm serbuk masala
10gm jintan putih
10gm lada hitam
30gm yoghurt
30gm perasa sayuran
20gm tomato pes
Cara memasak:
1. Panaskan minyak untuk menggoreng kambing vegetarian seketika dan ketepikan.
2.Keluarkan lebihan minyak tadi dan tumiskan ke semua bahan-bahan yang telah siap disediakan.
3.Masukkan cili giling, tomato pes dan yoghurt sambil kacau perlahan-lahan.
4.Masukkan kambing serta sedikit air dan kacau lagi. Biarkan ia mendidih dengan bahan-bahan tumis tadi.
5.Akhir sekali masukkan serbuk perasa sayuran dan setelah kambing siap dimasak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

NYONYA AYAM KARI
– Chef Alipah
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa kari.
Jenis masakan: Lauk pauk
Anggaran kos: RM15.
Bahan-bahan:
300gm minyak masak
500gm ayam vegetarian
300gm santan pekat
100gm cili giling
200gm kunyit hidup
20gm daun limau purut
1 batang serai
20gm serbuk ketumbar
20gm kentang
50gm perasa sayuran
Cara memasak:
1.Panaskan minyak untuk menumis cili giling,kunyit hidup dan serbuk ketumbar
2.Kemudian masukkan sedikit air sambil kacau perlahan-lahan sehingga naik bau.
3.Masukkan ayam, serai dan daun limau purut ke dalam bahan tumisan tadi dan biarkan seketika hingga mendidih.
4.Masukkan santan pekat dan kacau sesekali. 5.Perasakan dengan perasa sayuran. Apabila siap masak, bolehlah diangkat untuk dihidang.

KUAH LODEH SAYURAN
– Chef Alipah
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan nutrisi
Jenis masakan: Sayur.
Anggaran kos: RM15.
Bahan-bahan:
200gm minyak masak
200gm sayur kubis
200gm kacang panjang
2 keping tauhu putih
2 keping tempe
200gm tauhu kering/fucuk putih | direndam
100gm suhun | direndam
300gm santan pekat
200gm cili merah dan hijau
½ sudu teh serbuk kunyit
50gm perasa sayuran
Cara memasak:
1.Panaskan minyak untuk menggoreng tempe dan tauhu terlebih dahulu.
2.Tumiskan bahan-bahan yang telah siap dipotong tadi.
3.Kemudian masukkan sedikit air sambil kacau perlahan serta masukkan serbuk kunyit dan santan pekat.
4.Sekiranya kuah terlalu pekat, bolehlah tambah sedikit air. Biarkan mendidih dan perasakan dengan perasa sayuran.
5.Apabila sudah siap masak, bolehlah angkat untuk dihidangkan.

MAKARONI DENGAN TERUNG GRATIN KEJU
– Chef Azzul
Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa keju
Jenis masakan: Pasta
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan Makaroni Terung:
35gm minyak
100gm terung
60gm makaroni | kenyal
5gm garam
3gm daun selasih
50gm keju mozzarella sayuran
Sos santan:
25gm mentega sayuran
25gm tepung gandum
100ml santan kelapa | Bahagikan santan kepada dua bahagian (cair dan pekat).
3gm garam
5gm gula
Cara memasak:
1.Goreng terung sekejap, kemudian belah kepada dua bahagian.
2.Korek sebahagian isi terung.
3.Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung.
4.Campur bersama santan cair.Kacau sehingga sebati.
5.Masukkan makaroni dan gaul sehingga rata sos.
6.Isikan makaroni ke dalam terung tadi.
7.Tabur keju di atas.
8.Kemudian bakar selama 3-5 minit.
Kambing vegetarian ini boleh diperoleh di kedai-kedai vegetarian.
Jika tidak mahu menggunakan santan boleh tukar dengan susu rendah lemak.
Sayur boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa.
RESIPI: CHEF ALIPAH, CHEF CHEW,CHEF AZZUL , HOTEL ARMADA , PETALING JAYA
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Ayam Madu Crispy Chinese Style Paling Sedap, Halalan Toyyiban.
Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Untuk Sekeluarga Nikmati
Set Nasi Lobak Merah & Ayam Bakar Super Lazat. Berbaloi DiCuba.