Cuti hujung minggu kalau dimeriahkan dengan manisan untuk sarapan pagi adalah bonus untuk surirumah. Encik suami mesti tersenyum lebar bila dihidangkan manisan kegemarannya ini. Resipi asal dari Azie Kitchen olahan Anith Syazwani sangat menarik menggunak acuan shell tart lain dari yang lain. Selamat mencuba.
KUIH NONA MANIS
(Bahan A)
- 1 biji telur
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan santan- campur santan kotak dgn sedikit air jadikan 1 cawan
- 1 cawan tepung gandum
- Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender
- Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata. Saya kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan
(Bahan B)
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air daun pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis.
- 1/4 cawan gula halus
- 1/4 cawan tepung jagung
- Secubit garam
- Sedikit pewarna hijau apple
CARA MEMASAK:
- Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku. - Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih.
(Bahan C)
- 1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam halus
* Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.
Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung bag plastik).
CARA MEMBUAT NONA MANIS:
- Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
- Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
- Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang.
- Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.