Kedengarannya agak asing kuih yang satu ini. Tapi bila dah makan sedapnya bukan kepalang. Buatnya pun mudah hanya guna tepung beras. Kuih Pancong atau Gandos ini merupakan kuih tradisional nusantara. Ia memiliki tekstur yang lembut dan kenyal. Sedap dinikmati bersama kopi panas.
Kuih Pancong
Bahan-bahan :
250 gram tepung beras -BELI ONLINE DI SINI
250g kelapa parut putih
1 sudu makan tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI
1/2 sudu teh garam halus atau secukupnya
*650ml santan-BELI ONLINE DI SINI
*2-3 helai daun pandan
Gula pasir secukupnya untuk ditabur diatasnya apabila kuih hampir masak (boleh juga tabur cheese atau coklat, ikut selera masing-masing)
Cara memasak :
1.Santan dan daun pandan dimasak sebentar, jangan sampai pecah minyak. Sejukkan hingga suam-suam kuku.
2.Satukan tepung beras, tepung gandum, kelapa parut dan garam, gaul rata.
3.Tuang santan sedikit dahulu dan gaul rata-rata, macam diuli. Selepas dah betul-betul rata baru tuang santan lagi sedikit demi sedikit. Cara sebegini supaya adunan tidak bergentel.
4.Biarkan adunan sebentar agak-agak 15 minit.
5.Panaskan acuan ,oles dengan majerin.Bila acuan dah panas tuang adunan hingga penuh dan tutup.
6.Bila kuih agak-agak hampir nak masak, tabur gula pasir di atasnya dan tutup semula. Biarkan hingga masak.
Nota : Ada juga resipi yang gunakan telur tapi saya belum mencubanya lagi, lain kali boleh try
Kredit: Koleksi resipi Kuih muih
ADA YANG NAK BELI BLENDER, MIXER, GRINDER ? BOLEH BELI DI SINI