Kuih Peneram memang antara kuih tradisi yang jadi kegemaran ramai. Ada yang suka makan garing-garing, ada yang suka makan Kuih Peneram yang lembut. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kuih ni, saudari Nor Hayani Ismail ada kongsikan resipi dari ibu mertuanya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KUIH PENERAM YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras (cap bunga)
2 cawan gula merah
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah dan air hingga larut. Tapis dan biarkan suam.
2. Bila air gula suam, gaulkan dengan tepung beras. Adun sebati.
3. Biar adunan selama beberapa jam supaya tepung kembang.
4. Gaul lagi adunan dan jika adunan keras, tambah air sehingga menjadi lembut .
IKLAN
5. Leperkan adunan dan terap menggunakan acuan. Boleh juga bentuk menggunakan tangan.
6. Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng adunan Kuih Peneram tadi.
7. Angkat, toskan minyak dan boleh dinikmati.
IKLAN
PESAN IBU MERTUA: Jika sekali buat dan tak menjadi, usah kecewa. Cuba lagi 2-3 kali. Insyaallah hasilnya akan lebih baik.
Selain sedap sebagai makanan, telur puyuh sangat berkhasiat untuk kesihatan.Telur puyuh mempunyai kandungan protein, vitamin, mineral, lemak, lutein, kolin dan banyak lagi zat yang kesemuanya baik untuk tubuh berbading telur ayam. Sudah tentu korang boleh pelbagaikan pengambilan telur puyuh dalam masakan.
.KARI TELUR PUYUH BERSAYUR: BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu telur
250 ml santan
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan serbuk cili
1 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2cm kunyit hidup
1 batang serai
BAHAN SAYUR:
3 batang kacang panjang | hiris
1 biji terung panjang | hiris serong
1/2 batang lobak merah | potong
1 biji cili merah | potong 3
1 biji cili hijau | potong 3
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pula pes campuran serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan santan dan air asam jawa, kacau rata dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan bahan sayur dan telur puyuh yang telah dibuang kulit dan dicucuk dengan garpu.
Setelah mendidih dan sayur empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mereneh dan timbul minyak, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
SAMBAL MERAH TELUR PUYUH BERSAMA TEMPE BAHAN-BAHAN:
25 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu
1 keping tempe | potong dadu dan goreng
1 biji bawang besar | potong dadu
1 sudu makan air asam jawa
1/2 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
3 biji cili merah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu dan wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat dan timbul minyak, masukkan telur dan tempe.
Gaul rata dan tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
REDANG BEREMPAH TELUR PUYUH BAHAN-BAHAN:
25-30 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu
200ml santan pekat
1 biji bawang besar | hiris
2 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan kerisik
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu the serbuk jintan putih
3 sekawan | kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
2 cm lenngkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah tiga sekawan bersama hirisan bawang besar hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata dan masukkan pes cili kering.
Setelah garing dan timbul minyak, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
Kacau lagi hingga bangkit aromanya, masukkan pula santan.
Apabila kuah pekat, masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan telur puyuh, gaul rata dan kecilkan api.
Setelah timbul minyak dan cukup rasa. Tutup api.
Rendang sedia dihidangkan.
TELUR PUYUH BERSALUT DAGING KISAR BAHAN-BAHAN:
15 biji telur puyuh | rebus dan buag kulit
BAHAN DAGING:
250gm daging kisar
1/2 cawan daun parsli | cincang halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh lada sulah
Sedikit garam
2 sudu makan serbuk roti
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan daging dalam mangkuk, gaul rata hingga sebati.
Bulat-bulatkan dan masukkan telur puyuh di dalamnya, kemudian bentukkan bulat semula menjadi bebola daging.
Panaskan minyak, dalam kuali non stick, goreng bebola ini hingga bertukar warna keperangan.
Setelah siap, hidangkan bersama sos cili atau sos lada hitam. Terpulang pada cita rasa.
Waktu pandemik ni kita kenalah sentiasa berhemah dalam mengendalikan perbelanjaan rumah. Mana yang boleh jimat, kita jimat. Contohnya ada makanan yang tidak habis dimakan, boleh diolah semula menjadi hidangan yang enak buat seisi keluarga.
Jika ada roti yang kebetulan nak luput tarikhnya, jangan pula dibuang. Potong dadu dan kepal-kepal lalu digoreng. Boleh juga dibuat kudapan untuk anak-anak makan sambil layan kelas online.
1.Satukan semua bahan dan kepal-kepal membentuk bulat.
2.Kemudian digaul ke dalam bread crumb. Kalau tak nak pun boleh terus goreng saja. Tapi kepal hingga padat. Kalau tak nanti tersengih pulak roti-rotinya.
3.Kemudian dah boleh goreng hingga warna perang.
Yang bertanda * tu just option. Nak letak boleh, tak letak pun tak apa. Nak letak daging cincang ke, isi ayam cincang ke boleh je.
Banana Pancakeatau Lempeng Pisang bersalut coklat ini merupakan salah satu ‘street food’ @ makanan jalanan popular dikalangan pelancong yang berkunjung ke Thailand. Dimakan panas-panas, dengan penuh rasa coklat memang sangat sedap. Bagi anda yang sudah lama tidak menjamah sajian ini atau teringin sangat nak rasa, boleh cuba resipi perkongsian saudari @aimartian ini. Mudah sahaja caranya. Jom cuba!
CARA MUDAH BUAT THAI STREET BANANA PANCAKE HOMEMADE
CARA MEMASAK: 1. Nyahbeku kepingan paratha segera selama 5 minit (kekalkan di atas plastik).
2. Potong pisang menjadi kepingan dan susun diatas kepingan roti paratha tadi.
3. Kemudian lipat bahagian tepi paratha ke dalam seperti ini.
4. Cairkan mentega masin dengan secukupnya di dalam kuali. 5. Letak kepingan Paratha tadi dan goreng kedua bahagian sehingga garing keemasan.
6. Angkat dan sapukan Hazelnut spread @ Nutella dengan secukupnya di permukaan. Jika tiada, boleh diganti dengan susu pekat manis atau apa sahaja sapuan mengikut selera anda. Potong untuk memudahkan ia dimakan.
7. Thai Street Banana Pancake yang sedap dan mudah ini sedia untuk dinikmati.