Kuih peneram kuih tradisi yang masih digemari hingga kini. Dulu dulu kuih ini mesti ada bila raya. Tapi kesedapan kuih ini memang sepatutnya dimakan bila-bila.

Apa istimewanya kuih ini padahal bahan-bahan setakat lima ramuan aje. Bila disemak resipi perkongsian Zalina Zali ini mungkin rahsia keenakannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus). Doh pula diperap dahulu empat hingga lima jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Berbaloi dicuba ni,boleh jadi kudapan masa menonton tv.

PENERAM
BAHAN-BAHAN :

  • 4 cawan tepung beras cap gajah 3
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air*

CARA MEMASAK :
1. Bahan² yang bertanda * tu campur & masak sampai mendidih..
2. Siap terus tuang dalam tepung,kacau tepung sampai sebati guna senduk jangan guna tangan pulak sebab air gula tu panas.
3. Dah siap gaul perap 4 @5 jam, nak sedap lagi perap semalaman..


4. Dah siap perap boleh lah tekap dengan acuan dan goreng.

IKLAN


Berbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.

Kredit :zalina zali

ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI, BANYAK PILIHAN MENANTI. 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Cara Buat Putu Kacang Hijau @ Koya. Kuih ‘Legend’ Ni Guna Dua Bahan Aje .

SERTA RESIPI INI :

Sekaya Telur, Kuih Tradisional Yang Tetap Ramai Peminat

Kuih Tradisional Cukup Sedap. Rugi Kalau Tak Warisinya