Kuih ropa inti sardin kentang. Tepung ubi rahsia untuk membuatkan kulitnya rangup tahan lebih lama. Resipi yang dikongsikan kali ini juga tak pedas dan anak-anak boleh makan.
Ada orang panggil kuih ini Kuih Lipat. Biasanya orang buat inti ikan tapi kali ini guna inti sardin kentang. Sedap juga. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Habsah Ngah ini ye.
1 tin kecil sardin – boleh beli online di sini
5-6 biji ubi kentang (potong dadu)
1 labu bawang besar (hiris halus) – boleh beli online di sini
4 ulas bawang putih (hiris halus) – boleh beli online di sini
Sedikit daun kari – boleh beli online di sini
Rempah kari – boleh beli online di sini
Asam jawa – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Air
Minyak masak – boleh beli online di sini
3 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1 biji telur
Sedikit garam – boleh beli online di sini
4 cawan air
1 sudu besar tepung ubi (Fungsi untuk buat rangup kulit ropa tahan lama bila digoreng nanti.) – boleh beli online di sini
2 sudu besar minyak masak – boleh beli online di sini
Untuk membuat inti; panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari sikit hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dalam setengah cawan bersama air 3/4 cawan. Gaul-gaul dan curah dalam bahan tumis tadi.
Tambah sikit air asam jawa dan garam secukup rasa. Tumis sampi pecah minyak. Masukkan pula ikan sardin, hancur-hancurkan isinya.
Masukkan pula kentang. Tambah air tenggelam kentang je. Sentiasa kacau, masak sampai kering. Siap dan ketepikan.
Untuk membuat kulit; satukan semua bahan dalam satu mangkuk. Kisar atau boleh guna whisk. Tapis supaya taka da tepung yang berketul-ketul. Adunan tak pekat sangat dan tak cair sangat.
Panaskan kuali, tak perlu sapu minyak kat kuali kerana dalam adunan dah letak minyak. Tuang sedikit adunan tepung ke atas kuali leper, macam nak buat roti jala. Dah masak, angkat. Ulangi langkah hingga selesai.
Untuk sediakan kuih ropa; ambil satu kulit, letakkan inti ke dalam satu sudu besar dan gulung kulit. Gulungan itu bentuk bantal (leper) ye dan bukan bulat macam popia.
Panaskan minyak, bolehlah goreng kuih tadi. Guna api sederhana besar dan kena sentiasa balik-balikkan agar masak sekata. Bila dah nampak garing, angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Siap! Nak frozen pun boleh. Sama macam frozen karipap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official