Dah lama tidak menikmati kuih tradisi iaitu kuih serabai. Jarang sungguh berjumpa orang menjualnya kecuali pada bulan puasa. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka dan santan memberikan rasanya lemak manis.Teringin benar nak menikmatinya, bolehlah buat nanti.
Terasa nak makan cucur untuk meinum petang ni? Ha…meh lah cuba Cucur Sosej bersama sayur-sayuran ni. Ada ubi kentang, lobak merah, kucai, dan bawang. Bila dan bercampur dan digoreng, memang sedap! Malah ni juga salah satu resipi yang mudah dan pantas. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji ubi kentang | dihiris kecil
1 biji bawang besar | dimayang
1 biji telur
2 batang sosej | dihiris nipis
1 cawan air sejuk
1 batang lobak merah | dihiris halus
Sedikit daun kucai | dihiris
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
Sedapnya Kuih Bom Bijan Pandan Kentang ni. Jika bab resipi kuih muih tradisional, resipi-resipi perkongsian Opah Mas Cotek memang terbaik. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Beliau juga tak berkira untuk berkongsi tip buat semua. Bagi anda yang sukakan Kuih Bom Bijan, boleh cuba resipi perkongsian opah ni. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa sama ada nak guna inti kelapa atau inti kacang. Dua-dua sedap.
CARA MASAK KUIH BOM BIJAN PANDAN KENTANG YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang – rebus dan lenyek
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
Santan secukupnya – kisar dengan 5 helai daun pandan
Inti kelapa @ inti kacang hijau secukupnya ( resipi rujuk sini)
Bijan putih secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan kecuali santan, inti dan bijan. Sebatikan. 2. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. 3. Cubit doh, bulat-bulatkan dan masukkan inti. Kalau nak timbang, 30gm doh & 20gm inti. 4. Sapu tapak tangan dengan sedikit air. Golekkan kuih bom atas tapak tangan hingga cantik membulat. Kemudian golekkan ke dalam bijan. Lakukan hingga doh habis.
5. Rehatkan kuih selama 1-2 jam di dalam peti sejuk. 6. Panaskan minyak dengan banyak guna api sederhana. Goreng kuih sambil digolek-golek hingga masak atau bertukar warna.
7. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Zaman sekarang ni dah ada Air Fryer kalau google je pelbagai resipi boleh dicuba! Teringin Kuih Bakar? Walaupun kuih tradisional, guna Air Fryer pun boleh menjadi kuihnya. Jangan risau, saya kongsikan resipi dari awal sampai akhir cara pembuatan Kuih Bakar guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ni.
Cara penyediaannya sangat cepat dan mudah. Tekstur dan rasa Kuih Bakarnya sama sahaja seperti menggunakan ketuhar. Jom cuba!
KUIH BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN:
Blend semua bahan tadi sampai sebati. Masukkan dalam loyang (loyang air fryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun).
Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau. Kira bahagi 2 lah bancuhan tu.
Masukkan air fryer suhu 170 darjah celcius dengan masa 45 minit.
Siap! Tunggu betul-betul sejuk baru potong tau. Nanti bahagian tengah tu akan mendap sikit. Fuhhh bau dia, serius sedap!