Kuih muih tradisi memang menjadi tarikan. Dapat sebutir yang cukup rasa, memanglah puas. Beli pun tak mungkin mencapai cita rasa yang dikehendaki. Serabai sedap dimakan cicah dengan kuah durian atau pun kuah kari.
KUIH SERABAI
Bahan-bahan:
4 cawan tepung beras
1 cawan nasi
1 cawan santan
3 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar mauripan
Secubit garam
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan kecuali mauripan.
2.Tuang bancuhan dalam bekas.
3.Masukkan mauripan kacau rata hingga sebati .
4.Perap 2 jam sebelum tu oles minyak pada acuan .
5,Bakar atas api yang kecil .bole dapat 42 keping.
Kredit : Aishah Ismail