Kuih tradisional berasakan nasi seperti apam dan dicicah dengan kuah manis gula Melaka atau nisan.
SERABAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan nasi + 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air suam
- 1 sudu kecil yis
- 2 sudu besar gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan air suam bersama yis dan biar sekejap dalam 5 minit
- Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
- Sudah kisar campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan yis. Kacau sebati dan peram dalam 1 atau 2 jam.
- Bakar macam biasa. Sapu sedikit minyak pada pan atau acuan. Bakar dalam 10 -15 minit ye. Boleh bakar guna kuali leper atau acuan elektrik. Lebih kurang macam hendak masak lempeng.
BAHAN KUAH:
- 2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
- 2 helai daun pandan
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- 3 sudu besar gula
- 2 keping gula melaka/nisan
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
- Kisarkan telur bersama santan. Kisar sekejap sahaja bagi sebati
- Sudah kisar masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. Bersama air tepung jagung tadi.
- Kemudian buka api dan masak macam biasa sampai gula serta gula melaka betul-betul larut.
- Masak dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama sebab santan boleh “pecah minyak”. Bila kuah mula pekat sudah kira masak.
INFO: Boleh masukkan isi durian pada kuah untuk tambah rasa durian.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: HasnieZa Nor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Popia Sira Sambal Yang Sedap Untuk Kuantiti 50 Biji.
Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari NoraFiza Kamarin yang boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, sukatannya adalah untuk 50 biji popia. Sesuai sangat dijadikan sajian jamuan atau untuk jualan. Senang nak agak kalau dah ada sukatan macam ni. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
RESIPI POPIA SIRA SAMBAL UNTUK KUANTITI 50 BIJI
BAHAN – BAHAN ( untuk 50 biji popia):
- 1 paket kulit popia( 50 keping)
- 1 biji sengkuang saiz sederhana
- 3 batang lobak merah saiz sederhana
- 2 sudu makan udang geragau
- Sedikit serbuk perasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sengkuang dan lobak merah kemudian sagat panjang-panjang.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian tumis sengkuang. lobak merah dan udang geragau. Perasakan secukupnya. Bila dah layu, angkat.
3. Tos dan sejukkan bahan tumisan tadi di dalam raga berlubang supaya lebihan air dari bahan-bahan tumis dapat dibuang. Jika inti tidak kering, kulit popia akan koyak dan tidak rangup.
4. Bila inti sudah kering, boleh mula menggulung. Sudukan inti diatas kulit popia dengan secukupnya. Pastikan tidak terlalu banyak.
5. Gulung popia jangan terlalu ketat atau padat. Sapu air pada hujung gulungan supaya gulungan tidak terbuka.
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia menggunakan api sederhana.
7. Bila dah garing, toskan popia dan biarkan sejuk sebelum disira.
BAHAN SAMBAL SIRA ( 50 biji):
5 sudu makan cili kisar ( kisar: 10 tangkai cili kering + 1/2 labu bawang putih + air ( paras-paras bahan sahaja). Kisar halus & ambik 5 sudu makan dari bahan kisar ni.)
15 sudu makan @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
2 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk perasa
2 sudu makan bijan
5 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk perasa, gula, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Pastikan masak guna api sedang sahaja. Jangan tambah air.
3. Bila sambal sudah pekat dan meletup-letup, matikan api dan biarkan suam.
4. Bila sambal sudah suam, masukkan popia goreng dan gaul sampai rata.
5. Susun popia di dalam dulang atau talam. Pastikan ia tidak bertindan atau bertindih-tindih. Ia bagi memastikan popia kekal rangup. Bila dan sejuk, barulah boleh disusun dalam bekas.
6. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Pastikan tidak memasukkan air di dalam sambal kerana sudah ada air dalam kisaran cili.
2. Gula memang guna lebih berbanding cili. Ia merupakan tip supaya popia kekal rangup. Sos cili pula bagi menghasilkan sambal yang cantik berkilat.
3. Pastikan sambal suam atau sejuk sebelum digaul bersama popia. Ia bagi memastikan popia tidak cepat lembik.
4. Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti ayam, daging, udang, kubis atau tauge. Cuma pastikan inti di tos hingga kering sebelum digulung dalam kulit popia.
Kredit resipi & foto: NoraFiza Kamarin
Gulai Lemak Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.
Cerita Fad Bocey, dulu di zaman bujangnya walau banyak mana makanan dibeli di Bazar Ramadan, tapi bila balik rumah, masakan ibunya juga yang dicari. Katanya biarapun masakan ibunya itu ringkas tetapi air tangan ibu tetap yang terbaik dan paling sedap.
Satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah Fad Bocey jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.
“Saya tak tau apa yang mak masuk dalam masakannya. Tapi apa je yang dimasaknya semua sedap dan saya tak pernah tolak. selain gulai lemak bihun goreng mak, takda pun mewah lauk pauk tapi sedapnya memang takda tandingannya, ” cerita Fad.
Selain lauk pauk, kuih muih juga antara menu wajib ada bagi Fad bila berbuka, adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.
“Saya sangat terharu dan seronok bila diundang oleh Chef Wan untuk bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bukan senang tau dapat masak satu dapur dengan chef popular ni. Saya seronok, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap, “ ujar Fad.
Anda yang ingin mencuba menu disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, berikut disediakan resipinya
GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ketam | dibersihkan
- ½ biji nanas | hiris
- 500ml santan pekat
- 200ml air
- 1/2 kecil parutan nanas
- 3 helai daun limau purut
- 1 genggan daun Basil Thai
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan gula Melaka
- Garam secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili merah
- 2batang serai
- 3cm kunyit hidup
- 1 1/2cm halia
- 2cm lengkuas
- 10 biji lada hitam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
- Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.
- Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
- Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KUIH CARA GULA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan santan
- 200ml santan
- 2 biji telur |kacau
- 3 cawan tepung gandum
- Sedikit garam
- Gula secukupnya | untuk inti
- 2 sudu makan marjerin | cairkan
- 2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
- Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.
- Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
- Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.
- Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.
- Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.
- Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pada setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Gebu…Ini Resipi Apam Puteri Ayu Coklat Paling Sedap & Mudah.
Apam Puteri Ayu Coklat perkongsian Opah Mas Cotek ni memang meukau selera. Nampak gebu dan sedap. Bagi anda yang menggemari keju, pun boleh mengolahnya menjadi Apam Puteri Ayu Coklat Cheese. Bagi yang kurang gemar keju, bolehlah masak apam coklat sahaja. Lengkap resipi dan panduan pembuatannya. Bolehlah cuba untuk sajian minum petang.
CARA MASAK APAM PUTERI AYU COKLAT CHEESE
BAHAN A ( Satukan semua bahan & ayak. Ketepikan.):
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN B ( satukan semua bahan & masak guna api perlahan hingga gula larut.)
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan minyak jagung
- 1 cawan susu cair
- 3/4 cawan susu pekat manis
BAHAN C ( kisar @ pukul):
- 4 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B. Selang selikan dengan Bahan C.
2. Sebatikan campuran tadi. Ketepikan.
3. Ambil acuan puteri ayu dan oles sedikit minyak. Tuang adunan coklat 3/4 acuan.
4. Kukus selama 5-10 minit atau hingga apam masak.
5. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
Jika nak buat Apam Puteri Ayu Coklat Cheese, ini adalah bahan-bahannya untuk adunan keju.
BAHAN ADUNAN CHEESE:
- 250gm cream cheese / krim keju
- 80gm gula kastor
- 25ml susu cair (gantikan dengan air pun boleh)
- 40gm tepung gandum
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan adunan keju dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam piping bag supaya mudah dimasukkan ke dalam acuan.
3. Ambil acuan kuih dan sapu sedikit minyak.
4. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih.
5. Paipkan adunan chese ke dalam acuan (agak-agak nak tebal mana lapisan keju nya). Kukus selama 3 minit.
6. Angkat kemudian tuang adunan coklat hingga 3/4 paras acuan. Kukus lagi selama 5 -10 minit.
7. Angkat dan sejukkan apam. Sedia untuk dihidangkan.
NOTA:
- Adunan ini akan menghasilkan 50 biji Apam Puteri Ayu Coklat Cheese
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
https://www.rasa.my/masak-sendiri-6-variasi-resipi-siakap-yang-sedap-mudah/