Sangat sesuai untuk sesiapa yang hendak mencuba buat kuih talam durian untuk kali pertama. Cara yang sangat mudah dengan kisar semua bahan-bahan dan kukus dalam loyang.
KUIH TALAM DURIAN
BAHAN LAPISAN BAWAH PUTIH:
- 300gm tepung gandum
- 700ml santan cair
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkn 3 bahan ini dan gaulkan.
- Kemudian kisar guna blender bagi mendapat tekstur yang halus.
- Tuangkn dalam loyang dan kukus selama 30 minit ( hingga masak ) dengan api kecil.
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1/2 sudu tepung beras
- 300gm tepung gandum
- 700ml santan cair
- 350gm gula
- Sedikit pewarna kuning
- Isi durian (ikut banyak mana yang kita suka)
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan-bahan dan kisar guna blender.
- Tuangkan dalam loyang tadi tapi selepas lapisan bawah sudah masak.
- Masa masak sama juga selama 30minit (sehingga masak) dengan api kecil.
Saiz loyang: 12″ x 12″
Tips mahu adunan licin:
- Ketika tuang adunan dalam loyang gunakan penapis (rujuk gambar). Penapis akan menghalang adunan yang berketul atau tidak hancur dari masuk.
- Tutup pengukus betul-betul rapat supaya jangan bagi air jatuh ke dalam adunan ketika kukus. Sebab nanti permukaan akan jadi gelembung.
Kredit: Lyns Han
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Menu Kuih Dari Tepung Hun Kwe, Rasa Sedap & Tekstur Lembut Gedik
Pernah dengar nama tepung Hun Kwe, fungsinya hampir sama dengan tepung jagung, namun fungsinya untuk memberikan tekstur kenyal menjadikan talam atau kuih muih yang korang kukus menjadi lebih cantik dan kemas bila dipotong atau dikeluarkan dari acuannya. Selain memberikan tekstur yang lembut kenyal, campuran tepung Hun Kwe juga menjadikan kuih lebih sedap dan mudah disediakan. Kalau korang nak cuba, berikut RASA kongsikan dua resipi yang menggunakan tepung Hun Kwe.
.
KUIH HUN KWE NANGKA
BAHAN-BAHAN:
- 60gm tepung Han Kwe
- 600ml santan | serdahana cair
- 120gm gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- 10 biji nangka | potong dadu-dadu kecil
BAHAN LAPISAN HIJAU:
- 30gm tepung Hun Kwe
- 300ml air
- 60gm gula pasir
- 1/4 sudu teh garam
- 3 titik pes pandan
CARA MEMASAK:
- Untuk lapisan putih, bancuh tepung Hun Kwe dengan bahan lain kecuali nangka.
- Masak atas api kecil sambil terus kacau hingga mendidih dan meletop-letop.
- Masukkan nangka, kacau lagi.
- Tutup api, tuangkan ke dalam acuan yang sudah dicuci dengan air supaya ia tak melekat.Tuangkan hingga 3/4 acuan.
- Seterusnya sediakan lapisan hijau, bancuh tepung Hun Kwe dengan baha lain.
- Renehkan atas pi kecil sambil dikacau hingga meletup-letup kecil.
- Tuangkan dalam acuan yang sudah beriei adunan putih tadi.
- Biarkan sejuk, lebih sedap jika disimpan dalam peti sejuk.
- Kelaurkan dari acuan bila sedia dihidangkan.
by @fridajoincoffee
.
HUN KWE PANDAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
- Pisang Abu secukupnya, | kukus dan potong.
ADUNAN HUN KWE:
- 45gm tepung Hun Kwe
- 1/2 sudu teh agar-agar serbuk tanpa warna
- .350ml santan
- 100gm gula pasir
- Secubit garam
- 1/2 sudu teh esen vanilla
ADUNAN HUN KWE PANDAN:
- 45gm tepung Hun Kwe
- ½ sudu teh agar-agar serbuk
- 150ml santan yang dikisar dengan daun pandan.
- 100gm gula pasir
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Letakkan hirisan pisang di dalam acuan, letakkan ke tepi.
2. Kemudian sediakan adunan Hun Kwe putih dengan cara campurkan semua bahan, kacau rata.
3. Renehkan atas dapur dengan api kecil.
4. Sentiasa kacau hingga aduanan mendidih dan meletup-letup kecil. Tutup api.
5. Seterusnya buat adunan Hun Kwe pandan, cara penyediaan sama dengan adunan putih tadi.
6. Setelah masak tutup api.
7. Tuangkan aduan putih dan pandan ikut kreativiti ke dalam acuan.
8. Sejukkan, kemudian keluarkan dari acuan bila sedia dihidangkan.
. By : @birgittawang_ .
Resipi Kuih Nagasari Jagung Sedap, Guna Acuan Lompang
Kuih Nagasari Jagung ni memang sedap dan jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan. Bagi peminat Kuih Nagasari Jagung, ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari Zura Abdullah yang anda boleh cuba. Tidak perlu kukus. Masak je dalam periuk dan jika tiada daun pisang, boleh cetak guna acuan lompang atau loyang sahaja. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
CARA MASAK KUIH NAGASARI JAGUNG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 paket tepung hon kwee
1 tin jagung whole kernel (tapis buang air)
250ml santan pekat (boleh guna santan kotak)
650ml air
170gm gula
1/2 sudu teh esen pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali jagung. Kacau hingga agak sedikit pekat.
2. Kemudian masukkan jagung. Kacau lagi hingga pekat dan likat. Tutup api.
3. Untuk mencetaknya, boleh bungkus adunan menggunakan daun pisang atau plastic tahan panas. Untuk lebih mudah, masukkan sahaja ke dalam acuan Kuih Lompang. Boleh juga guna loyang biasa atau apa-apa sahaja cetakan yang sedia ada.
4. Biar kuih sejuk dan bolehlah dinikmati.
Nota: Selain jagung, boleh juga gantikan dengan cendol. Pun rasa sedap.
Kredit resipi & foto: Zura Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/petua-buat-kuih-kole-kacang-sedap-cepat-masak-resipi-guna-cawan-je/
Resipi Ayam Bakar Mayones Sukatan 1/2 Ekor, Sedap Menjilat Jari
5 Resipi Stok Sambal Homemade Paling Sedap & Petua Supaya Tahan Lama Tak Berkulat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Talam Pelbagai Jenis Yang Disukai Ramai
Kuih muih tradisi memang disukai ramai. Lemak, lembut, manis yang sedang elok, memang tak jemu. Bagi penggemar sajian kuih tradisional, kuih talam terdiri daripada pelbagai jenis. Semuanya enak-enak belaka. Dikongsikan resipinya. Bolehlah cuba nanti.
TALAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
(LAPISAN BAWAH)
- 1 cawan gula merah – Boleh beli online di sini
- Secawan air
- 1 ½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
- 1 sudu besar tepung ubi – Boleh beli online di sini
- Sesudu besar air kapur (jangan pekat sangat)
- 1 sudu besar kicap pekat (Saya guna jenama Jalen untuk bagi warna cantik. Tiada kesan rasa)
- 2 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Sapukan loyang dengan minyak masak dan lapikkan dengan plastik. Ketepikan.
2.Secawan gula merah masak bersama secawan air. Ketepikan. Jika suka manis, boleh tambah sedikit gula putih.
3.Air gula merah satukan dengan air biasa jadikan 3 cawan air. Jangan lebih.
4.Satukan kesemua tepung, air kapur, kicap dan gula pasir jika nak tambah. (Saya memang pakai gula merah je.)
5.Tapiskan. Masukkan dalam kuali. Kacau sehingga naik wap. Jangan sampai pekat.
6.Masukkan ke dalam loyang dan kukus 15 – 20 minit dengan api agak besar.
(LAPISAN ATAS)
- 2 ½ cawan santan pekat (Jangan pekat sangat. Tambah air kalau santan pekat sangat)
- 1 ½ cawan tepung – Boleh beli online di sini
- 1 sudu kecil garam (atau secukupnya)
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan kacau sebati. Tapiskan.
2.Kemudian, masukkan dalam kuali dan kacau sehingga naik wap.
3.Tuang di atas lapisan gula merah tadi.
4.Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak.
5.Sejukkan dan boleh potong dengan pisau plastik.
Kredit: Shakinah Zainal
TALAM KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
(LAPISAN BAWAH)
- 1 cawan keledek (siap didadu)
- 1 + ½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
- 3 cawan santan – Boleh beli online di sini
- Secubit garam halus
- **Kisarkan semua (kecuali keledek)
(LAPISAN ATAS)
- 3 cawan santan
- 1 + ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan gula pasir – Boleh beli online di sini
- 2 sudu besar tepung jagung – Boleh beli online di sini
- Pewarna oren secukupnya
**Kisarkan kesemua bahan di atas.
CARA MEMASAK:
1.Kisarkan semua bahan lapisan bawah.
2.Kukus keledek yang dipotong dadu hingga lembut.
3.Kemudian, campurkan keledek dengan adunan tepung siap kisar tadi.
4.Lapik loyang 7 inci dengan plastik dan digris dengan minyak. Boleh mula dikukus selama 25 minit.
5.Kemudian, kisarkan semua bahan lapisan atas.
6.Selepas 25 minit, keluarkan loyang. Carik-carik dengan garpu permukaan kuih.
7.Terus masukkan adunan lapisan atas tadi. Kukus lagi 25 minit hingga masak.
8.Tutup api dan sejukkan.
9.Selepas sejuk, bolehlah dipotong. Guna pisau plastik yang disapu minyak.
10.Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Mizah Ngatiman
TALAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
(Lapisan Bawah)
- 8 helai daun pandan
- 3 cawan air
- 1 kotak kecil santan Kara (guna santan kelapa pun boleh) – Boleh beli online di sini
- 1 cawan gula pasir
- 1 ½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
- ½ cawan tepung ubi – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
1.Kisar daun pandan dengan air.
2.Kemudian, tapis dan ambil airnya sahaja. Secawan air pandan bikin aroma menawan.
3.Isi tepung penuh secawan. Cawan inilah guna sukatan untuk semua bahan.
4.Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau.
5.Godak semua bahan sehingga semuanya sebati. Sehingga tiada tepung yang berketul-ketul.
6.Selepas kesemua bahan tersebut larut, tapiskan ke dalam bekas lain untuk buang saki baki tepung yang berketul atau jika ada bendasing dalam adunan.
7.Sediakan loyang 10×10 inci. Lapikkan dengan plastik. Sekiranya tak mahu lapik dengan plastik, bolehlah sapu permukaan loyang dengan minyak dahulu.
8.Panaskan pengukus yang telah berisi air.
9.Tuang adunan pandan ke dalam loyang. Kukus di dalam pengukus yang telah pun sedia mendidih airnya selama 20 minit. Api jangan terlalu besar, jangan terlalu kecil. Sederhana sudah memadai.
BAHAN-BAHAN:
(Lapisan Atas)
- ½ cawan tepung ubi – Boleh beli online di sini
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1 kotak kecil santan – Boleh beli online di sini
- 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Masukkan kesemua bahan, kacau dan tapis siap-siap.
2.Apabila adunan lapisan bawah telah cukup 20 minit, terus masukkan ke dalam loyang. Tak perlu turunkan kukusan, terus tuang sahaja. Berhati-hati ye.
3.Kukus lagi selama 20 minit.
4.Selesai cukup tempoh 20 minit, buka penutup pengukus. Jika ada air di dalam loyang, mengiringkan supaya senang air itu diceduk dan dibuang.
5.Dah siap. Tunggu kuih sedikit sejuk, barulah dipotong.
6.Adunan ni jadi lembut dan kenyal-kenyal saja. Sedap sangat. Selamat mencuba!
Kredit: Lia Yob Ibrahim
TALAM SAGU
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- Sagu – rendam bagi kembang seketika & buang airnya – beli online disini
- Gula halus – gaul dalam sagu ikut agak-agak manis + pewarna merah @ sirap – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Oles loyang dengan sedikit minyak dan ratakan sagu tanpa perlu tekan. Ia bertujuan supaya bagi ruang pada sagu untuk mengembang.
- Boleh tambah sedikit air dalam sagu supaya bila sejuk, sagu tidak liat.
- Kukus sagu sehingga masak. Masa kukus tidak lama sangat, cukup hingga sagu bertukar rupa.
- Sebelum letak lapisan atas, cakar-cakar sedikit permukaan sagu supaya lapisan atas senang melekat.
NOTA: Sukatan sagu agak-agak sahaja ikut saiz loyang yang digunakan. Jangan terlalu penuh nanti tiada ruang untuk letak lapisan atas.
- BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1 cawan tepung (tepung gandum + 2 sudu makan tepung ubi) – beli online disini
- 2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
- 3 cawan santan (santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna
- santan sama banyak dengan air pun boleh. Empunya resipi tak suka terlalu lemak. Nisbah yang digunakan adalah 1:2) – beli online disini
- Sedikit garam- untuk menaikkan rasa lemak
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan adun hingga larut. Tapis jika tepung berketul.
2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga naik wap sedikit. Jangan biarkan tepung berketul.
3. Bila sudah siap, tuang ke atas sagu yang telah dikukus tadi.
- Kukus sekali lagi dalam 10 minit atau hingga kuih betul-betul masak. Sejukkan sebelum dipotong.
- Kuih Talam Sagu siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Harum Wangi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Ikan Masin Pembuka Selera, Bertambah Nasi Dibuatnya
Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official