Hari tu beli keledek ada lagi lebihannnya. Jadi jom buat talam vanila pandan keledek. Talam vanila pandan keledek ini menggunakan loyang 10×10(kalau nak buat loyang 8 inci, bahagikan separuh bahan dalam resipi ni). Sedap ni buat untuk minum petang. Gerenti tak cukup sepotong. Lemak manis cukup rasa.
Talam Vanila Pandan Keledek Cukup Rasa
Bahan-bahan:
5 helai daun pandan. (potong, kisar dengan satu cawan air. Tapis,ketepikan dulu.
1 biji keledek oren(kupas,potong dadu,kukus 10minit)
Untuk lapisan bawah:
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
450ml santan pekat(perahan pertama)
500ml santan cair(perahan kedua)
1 cawan gula halus prai
½ sudu teh garam
Cara membuat:
1.Sebatikan dulu bahan-bahan ni.
2.Tapis masuk periuk.
3.Titis esen pandan sikit
4.Masuk ubi kukus tadi.Masak api sedehana ja.Kacau hingga naik wap dan nampak pekat tutup api.
5.Tuang perlahan-lahan dalam loyang.Kukus 25 minit.
Untuk lapisan atas:
¾ cawan tepung gandum
2 sudu teh tepung kastad
¾ cawan gula halus prai
250ml santan pekat
200ml air pandan tadi
200ml santan cair
1 biji telur
Esen vanilla
Cara membuat:
1.Satukan semua dahulu.Kacau guna whisk.
2.Tapis masuk periuk.
3.Masak api sederhana.
4.Sentiasa kacau hingga nampak pekat dan naik wap.Tutup api.
5.Bila lapisan bawah dah masak,cakar-cakar dulu sebelum tuang. Tuang perlahan-lahan. Kukus 25 minit. Sejuk baru dipotong.
Kredit: Ieda jahaya
Klik sini
Dapatkan resipi menarik di https://www.rasa.my/