Kuih Telur Kubis. Nampak sangat sedap dan menggiurkan. Menurut perkongsian saudara Muliadi Ramli, kuih ini adalah kuih tradisi orang Terengganu. Namun kini ia sukar diperolehi. Amat rugi kalau resipi warisan ini tidak dijaga. Apa kata cuba hasilkan untuk sajian minum petang keluarga. Makan panas-panas pasti berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH TELUR KUBIS TERENGGANU
BAHAN A (KULIT KUIH)
500gm tepung gandum – beli online disini
2 sudu makan marjerin – beli online disini
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMBUAT DOH:
1. Masukkan tepung, marjerin, garam, gula, telur dan perasa dalam satu bekas. Gaul hingga sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.
3. Pastikan doh tepung tidak terlalu keras dan tidak lembik. Kena uli sampai doh tidak melekat di jari.
4. Biarkan doh selama 1-2 jam.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan doh seperti membuat roti canai.
6. Sapukan marjerin pada doh dan biarkan dalam bekas selama 3 jam. Kalau biar selama satu malam lagi bagus.
7. Ketepikan bahan untuk kulit dan sediakan inti pula.
BAHAN B (INTI IKAN)
9 ekor ikan selayang/sardin – dibersihkan
1 kotak kecil santan – beli online disini
3 biji bawang merah – beli online disini
1 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci halia
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ikan direbus dan diasingkan isinya.
2. Tumbuk isi ikan dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris nipis. Tumbuk lagi hingga semua bahan lumat.
3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali bersama santan, garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga sambal kering atau lembap.
4. Siap dan sejukkan inti.
BAHAN C (SAYUR)
1/2 biji kubis
1 biji bawang holland – beli online disini
10 tangkai cili padi merah dan hijau – lebihkan jika suka pedas
(semua bahan C dimayang dan hiris nipis)
BAHAN D (TELUR)
4 biji telur – pukul telur & letak sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan Kuih Telur Kubis pertama sekali ambil doh dan canai hingga nipis.
2. Letak inti ikan, hirisan sayur kubis, hirisan bawang holland, hirisan cili dan sedikit bancuhan telur. Kemudian lipat doh dan pastikan inti tidak terkeluar.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
4. Kemudian ambil doh seterusnya, uli dan jadikan nipis.
5. Ambil doh yang telah digoreng tadi dan letak pada doh. Masukkan inti ikan, sayur, cili dan bancuhan telur. Bungkus kemas. (ulang proses yang pertama tadi).
6. Goreng doh untuk kali kedua dan untuk kali ketiga, juga ulang proses yang sama. (Kuih Telur Kubis ini akan jadi 3 lapis).
7. Bila siap lapisan ketiga, boleh potong kuih dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official