Kuih Tepung Gomak Inti Kelapa Manis, Sedap & Puas Hati Makan

Share

Kuih muih melayu memang sukar nak jumpa yang sedap dan memuaskan hati. Jadi boleh cuba buat kuih lejen ni, tepung gomak inti kelapa manis.Ikut cara ini boleh dapat dalam 20 biji kuih. Hidang untuk minum petang memang layan.

KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS

Inti:
½ biji kelapa parut muda
3 sudu makan gula merah / gula melaka
3 sudu makan gula pasir
2-3 helai daun pandan disimpul
1 cawan air
1-2 sudu makan tepung gandum


(Sukatan gula boleh adjust ikut selera masing-masing)

Cara memasak:
1. Didihkan air bersama daun pandan.
2. Daun pandan dah layu, masukkan pula gula merah dan gula pasir. Renehkan seketika.
3. Masukkan kelapa parut muda. Gaul rata sehingga air agak kering.
4. Masukkan tepung gandum / sebarang tepung dan masak seketika. Gaul rata, sejukkan.
5. Bulat-bulatkan besar ikut suka.

Doh (untuk hasilkan 20 biji kuih)
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan membukit tepung gandum
1½ cawan air
Sedikit garam
(Cawan 250ml)

Cara membuat:
1. Larutkan garam bersama air.
2. Campurkan kedua-dua tepung dalam bekas.
3. Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas.
4. Tambah lagi sedikit air jika doh masih keras.


5. Masukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan.
6. Didihkan air dalam periuk.
7. Rebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau.

Bahan salut:


Kacang hijau
Cara membuat:
1. Sangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan.
2. Buang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang.
3. Masukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak dan kisar lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung.
4. Sangai tepung kacang hijau sekali lagi.
5. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

CARA PALING MUDAH:
Beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai-kedai. Pastikan ada tertulis ROASTED ye. Saya lampirkan tepung yang saya maksudkan. Brand lain pun dah banyak dijual. Saya sendiri pernah cuba beli cap Alagappas. Selain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih kole kacang, batang buruk dan putu kacang.
Kredit: Marlia Lia

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri Adila Saari