Kuih Tepung Pelita Buat Dalam Bekas Kecil Begini, Pasti Ulang Kali Makan

Share

Pasti ramai yang menyukai kuih tepung pelita. Kalau bulan puasa kuih inilah seringkali diburu orang ramai. Lemak manisnya memang buat ketagih nak makan. Kalau ada yang teringin membuatnya, dikongsi resipi mudah buatnya.Masuk dalam peti sejuk kemudian makan lagi sedap rasanya.

 

Tepung Pelita

Bahan-bahan:

Lapisan bawah

1 cawan tepung beras

1 cawan gula(nak manis lebihkan sikit)

1/2 cawan air pandan

3 cawan air

Sedikit pewarna hijau

 

Cara membuat:

1.Satukan semua bahan dan kacau tanpa henti dengan api sederhana,jangan bagi berketul dan pekat sikit kecilkan api terus kacau hingga berkilat dan nampak licin,panas panas tuang dalam bekas.

 

Lapisan atas

1 cawan tepung beras

2 cawan santan dari sebiji kelapa

1 sudu besar gula

1 sudu teh garam

3 cawan air

*Proses memasak sama seperti lapisan bawah tadi.

Kredit: Ida Zaida

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-sizzling-tauhu-telur-mudah-betul-cara-masaknya/

https://www.rasa.my/cara-masak-shrimp-omelette-sedap-macam-dekat-restoran-thai/

https://www.rasa.my/resipi-mushroom-chicken-pie-mudah-tanpa-uli-hanya-guna-pastri-segera/

https://www.rasa.my/resipi-kuih-bom-bijan-yang-sedap-lembut-tak-liat-walau-dah-sejuk/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri