
Mulut terasa nak mengunyah makanan. Dapat kuih tiram memang ralit makan, ditemani secawan kopi memang feeling habis. Ada yang panggil kuih tiram tapi orang Perlis menggelarnya kuih kertas. Jom kita buat ikut resipi yang dikongsi ni.
Kuih Tiram
Bahan-bahan
- 1/2 kg tepung gandum -Beli online DI SINI
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu kecil garam
- Air secukupnya
Untuk ibunya
- Tepung ubi kayu – Beli online DI SINI
- Minyak masak ( dicampur keduanya dan gaul jadi pes)

Cara memasak:
1. Gaul tepung gandum, telur ayam dan garam hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan tepung ubi kayu yang dicampur minyak tadi dan gaul sebati menjadi seperti doh roti canai.
3. Biarkan sekejap (proses pengembangan)
4. Ambil sebesar penumbuk dan canai nipis.Letakkan campuran ubi kayu di atasnya dan gulungkan
5. Potong kecil kecil dan canai semula sedikit
6. Goreng di atas api yang sederhana
7. Di akhirnya taburkan gula halus.

Resipi dan gambar: Sall Salleh
Nak dapatkan pelbagai peralatan memasak elektrik di Shopee? Jom klik sini
5 Masakan Peha Ayam & Drummet Yang Sedap DiRatah. Gerenti Licin.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Korang Wajib Cuba 3 Kuih tradisional Pahang Ni, Sedap Sangat !

Bagi orang-orang Pahang, ini ada tiga kuih tradisional yang yang masih dicari dan diingati kerana keenakannya dan cukup sinonim setiap kali Ramadan zaman dulu-dulu. Kuih-kuihnya adalah, Dodol Kukus, Badak Kubang dn Kuih Telipok. Tiga kuih ini sangat sennang, hanya menggunakan tiga bahan utama, tepung pulut,santan dan gula. Bagaikan terasa-rasa lemak manisnya di lidah.

DODOL KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung pulut hitam
- 250gm tepung pulut putih
- 200gm gula halus
- Tahi minyak secukupnya
- 5ml minyak masak
- Daun pisang | sebagai alas
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung pulut putih dan hitam dalam mangkuk adunan rata.
- Kemudian masukkan gula dan santan, kacau rata.
- Tambahkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
- Sediakan loyang dan sapukan minyak.
- Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
- Kukus sehingga masak.
- Setelah masak, taburkan tahi minyak dan hidang.

KUIH BADAK KUBANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung pulut putih
- 2 cawan tepung pulut hitam
- Gula Melaka | potong dadu kecil
- Sedikit air
- Daun pisang secukupnya
BAHAN KUAH PUTIH:
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan campurkan dengan sedikit air.
2. Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.
3. Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya.
4. Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang yang telah disapu minyak masak.
5. Kukus lebih kurang 10 minit.
6. Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata
7. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.

KUIH TELIPOK
BAHAN-BAHAN:
BUNGA TELIPUK:
- 300gm tepung pulut
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
- Daun pisang
BAHAN KUAH HIJAU:
- 50 gm tepung gandum
- 10 sudu makan gula pasir
- 750ml santan
- 8 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk bunga telipok putih: Bancuh tepung dengan air sehingga bancuhan tidak lekat ditangan.
- Kemudian bentuk bulat dan empat segi bunga telipot dan lubang di tengah.
- Susun dalam loyang beralaskan daun pisang
- Untuk kuah hijau, satukan semua bahan dan kacau rata.
- Kemudian tapiskannya.
- Tuangkan dalam loyang yang disusun dengan tepung pulut yang dibentuk seperti bunga telipok.
- Kukus lebih kurang 20 minit.
- Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.
Resipi Bolu Kukus Mekar Buah Naga Tanpa Guna Air Soda

Sedapnya kuih Bolu Kukus Mekar ni. Rupanya seakan isi buah naga. Nampak gebu dan lembut. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihah ini tidak menggunakan air soda. Nak cuba? Berikut adalah resipinya.
CARA BUAT BOLU KUKUS MEKAR BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum – anggaran 2 cawan – beli online DISINI
- 200gm gula – anggaran 1 cawan – beli online DISINI
- 130ml susu penuh krim – anggaran ¾ cawan. Boleh ganti dengan susu cair/santan cair/air – beli online DISINI
- 2 biji telur gred A
- 1 sudu teh ovalette – beli online DISINI
- 1/2 sudu teh serbuk vanila / esen vanila – beli online DISINI
- Pewarna merah secukupnya – beli online DISINI
- Bijan hitam secukupnya – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah.
3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sedang. Picit adunan putih hingga hampir penuh.
5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas.

6. Isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih.
7. Kukus Bolu selama 10 minit dengan api paling besar.
8. Bila Bolu sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan dapat 23 biji Bolu, bergantung pada saiz cawan kertas.

TIP SUPAYA BOLU MEKAR @ MEREKAH
1. Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu.
2. Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari.
3. Pastikan air betul-betul panas dan mendidih.
4. Jarakkan bolu. Jangan terlalu dekat antara satu sama lain.
5. Kukus dengan api paling besar.
6. Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya.
7. Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya bolu dapat kembang dengan mudah.
Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah
Tercari-cari PENGUKUS yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Apam Lenggang Sedap. Bahan-Bahan Sukat Guna Cawan Je
Resipi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan
Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

Bila diimbau balik kisah Datin Seri Emylia Yusnita Mohd Tahir mewarisi ilmu memasak memang cukup menyentuh hati. Ibunya meninggal dunia ketika beliau baru berusia lapan bulan. Wanita tabah ini dibesarkan oleh ayah dan arwah moyangnya, Temah Samad yang berkerja sebagai Ketua Tukang Masak di istana Pahang.

Neneknya lebih dahulu meninggal dunia, semasa ibu Datin Seri sedang mengandungkan beliau . Wanita gigih ini duduk bersama arwah moyang di Pahang dengan sering dikunjungi dan kadang-kadang mengikut ayahnya yang tinggal di Johor.

Moyang Jadi Idola Memasak
Di zaman kanak-kanaknya usahawan dan pemilik lima khidmat SPA ini sering mengikuti arwah moyang yang berkerja di dapur Istana, Pekan, Pahang. Makanan yang dimasak adalah untuk Almarhum Sultan Abu Bakar sekeluarga yang cukup menyukai masakan moyangnya.

“Dulu-dulu masa sekolah rendah saya rajin ikut arwah moyang memasak di dapur istana. Bahan-bahan semua sudah disusun pembantu. Saya suka tengok gaya arwah memasak dan perhati bahan-bahan yang digunakan. Dari situ saya dah mula tahu macam mana nak masak dan bila sekolah menengah saya dah boleh memasak.
Di antara amalan masak arwah moyang adalah membuat rempah ratus yang diproses dan dikisar sendiri. Hingga kini saya amalkannya dan saya tak pernah beli rempah yang sudah diproses dalam peket. Aromanya lebih wangi dan rasanya lebih berperisa. Saya juga buat sendiri pes cili kering dan tidak sekali-kali menggunakan cili boh,” kongsi beliau mengenai ilmu masakan yang diwarisi dari moyangnya.

Seperti juga stail masak orang tua dulu-dulu, Datin Seri Emylia juga memasak ikut campak-campak dan agak-agak bagi mendapatkan rasa lauk yang betul-betul sedap.
Suri hati kepada Datuk Seri Ahmad Hj Abas dan ibu kepada tiga cahaya mata berusia 14, 12 dan 3 tahun ini sememangya handal di dapur. Tidak hairanlah jika rumahnya juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang cukup mengemari masakan dari air tangannya


Ni dia empat juadah istimewa yang dijamu rakan-rakan rapat beliau.
NASI KAROT

BAHAN-BAHAN :
- 5 cawan beras basmati | cawan penyukat periuk elektrik
- 6 cawan air
- 3 biji lobak merah | disagat batang mancis
- 4 ulas bawang putih | ditumbuk
- 4 biji bawang merah | ditumbuk
- 2 biji bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- ½ tin susu cair | susu isian sejat
- 1 sudu kecil garam
- 4 helai daun pandan
- 1 lembar daun pudina | disimpul
- 1 lembar daun ketumbar | disimpul
- 4 sudu makan mentega
- Segenggam kacang gajus | digoreng tanpa minyak
*Beras basmati direndam sekurangnya 30 minit sebelum masak
CARA MEMASAK :
- Panaskan mentega dalam periuk lain dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu, manis dan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
- Masukkan air, susu cair dan garam, dan biarkan mendidih.
- Ambil beras yang telah dibersih dan toskan dan masukkan ke dalam periuk elektrik,
- Kemudian masukkan bahan yang ditumis dan mendidih tadi (air, susu cair dan garam) ke dalam periuk elektrik .
- Masukkan lobak merah yang telah disagat .
- Bila air sudah mengering masukkan daun pudina dan daun ketumbar.
- Balik-balikkan nasi bila sudah betul-betul kering. Sajian siap dihidang.
OPOR DAGING

BAHAN-BAHAN:
- ½kg daging batang pinang
Bahan dikisar :
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 4sm halia | dikisar
- 4sm lengkuas
Bahan disangai (goreng tanpa minyak dan kisar)
- 1 sudu makan ketumbar biji
- 1 sudu teh Jintan manis
- 1 sudu teh Jintan putih
- 6 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan rempah opor
- Gula merah dan garam secukup rasa
- 1 sudu kecil asam jawa
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit air | secukupnya untuk mengelakkan kering
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar , kemudian masukan bahan-bahan yang disangai.
- Tumis hingga naik minyak dan masukkan rempah opor, tumis lagi sampai naik minyak.
- Tambahkan sedikit air, masukkan daging dan kacau sehingga kesemua bahan yang ditumis sebati dengan daging. Biarkan daging empuk.
- Masukkan kerisik, kacau dengan api yang perlahan. Biarkan mereneh sebentar.
- Masukkan garam dan gula merah secukup rasa
ACAR BUAH

BAHAN-BAHAN :
Bahan A (bahan tumis) :
- 1 1/3 cawan minyak untuk menumis | Lebihkan sedikit kerana buah akan menyerap minyak )
- 1 sudu makan biji sawi
Ditumbuk atau kisar tanpa air:
- 4 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 2.5sm halia
Bahan B (rempah tumis)
- 3 sudu makan rempah kari
- 8-10 tangkai cili kering | dibuang biji ,rebus dan kisar)
Disangai dan dikisar halus:
- 1 sudu makan ketumbar biji
- 1 sudu teh Jintan Putih biji
- 1 camca teh Jintan Manis biji
Bahan C
4 sudu makan gula merah
2 sudu makan sos cili
Garam secukupnya
2 sudu makan perahan lemon
Bahan D
Disangai :
1/4 cawan bijan
1/3 cawan biji sawi
Bahan E (Buah-buahan)
- 50-150 gram setiap jenis buah buahan | kering atau jeruk (limau jeruk dibelah 12 ikut saiz)
* Kalau buah yang berbiji atau besar seperti prune lebihkan sedikit timbangan | dipotong dua atau empat, atau biarkan sebiji-biji.
- 2 labu bawang putih | dibelah dua jika bersaiz besar
- 12-15 ulas bawang merah | dibelah dua
- Cili Padi secukup nya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Tumiskan bahan A sehingga garing.
- Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
- Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula.)
- Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur.
- Usah dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur
- Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
BUAH MELAKA KUKUS

BAHAN-BAHAN :
- 4 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- 6 helai daun pandan | diracik halus dan dikisar bersama 1 cawan air
- Gula melaka secukunya | dipotong kecil
- 1 kotak kecil santan kotak | dicampur sedikit air ,sederhana pekat
- Sedikit pewarna hijau
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Tepung pulut dan tepung gandum digaul bersama air dan letakkan secubit garam.
- Masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Ulikan hingga tak melekat di tangan.
- Bentukkan bulat dan masukkan gula Melaka yang sudah dipotong kecil ke dalamnya.
- Bulatkan lagi dan ketepikan
- Masukkan santan ke dalam bekas untuk dikukus, masukkan secubit garam. Panaskan kukus terlebih dahulu.
- Masukkan kuih ke dalam bekas kukus berisi santan dan masak selama 10 minit. Sajian sedia dihidang.

