Kuih Tradisi Klasik Utara, Kuih Qasidah Wajib Makan Pada Bulan Puasa!

Share

Antara kuih tradisi yang klasik, Kuih Qasidah. Kuih dulu yang mak kita suka buat terutamanya masa bulan puasa. Ada 2 versi kuih Qasidah, satu versi sebelah utara dan satu lagi sebelah pantai timur. Kali ni kita cuba resipi Kuih Qasidah Utara, selamat mencuba!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 6 cawan air*
  • 15 sudu makan gula halus* | (Kalau suka manis boleh lebihkan gula tu)
  • 2 sudu teh air kapur*
  • Sedikit garam*
  • 3 sudu makan minyak sisa goreng bawang*
  • 5 ulas bawang ros (shallots) | dimayang

 

CARA MEMASAK:

  1. Mula-mula hiris bawang rose nipis2 dan goreng hingga garing kekuningan dan harum, masukkan sedikit jer garam, jang terlalu banyak nanti masin pulak.

  1. Satukan tepung gandum, air, gula, garam dan air kapur ke dalam periuk.
  2. Masak di atas dapur, kacau sehingga adunan menjadi kental dan berkilat.

  1. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
  2. Tuangkan bawang goreng dan minyak nya di atas kuih yg telah sejuk tadi.
  3. Potong apabila sudah sejuk.

Kongsi resipi: Nasriah Ramli

Published by
Mastura Abu Kassim