Kali ini majalah RASA ingin tampilkan resipi kuih buah Melaka namun menggunakan labu. Pasti terbit cita rasa yang berbeza dengan buah Melaka yang biasa dimakan.
KUIH BUAH MELAKA LABU
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung pulut
1 cawan labu (kukus dan lenyekkan)
1/4 cawan air
Gula Melaka secukupnya (potong kecil-kecil)
1/2 cawan kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Gaul tepung pulut dan labu lenyek. Hanya tambahkan air jika perlu.
Labu yang telah dilenyekkan selepas dikukus.
2. Uli sehingga adunan sebati.
Doh yang siap diuli.
3. Bulat-bulatkan doh dan leperkan sedikit.
4. Letakkan gula Melaka yang telah dipotong. Bungkus kemas-kemas.
Doh dileperkan sedikit dan diletakkan gula Melaka di atasnya. Kemudian bungkus kemas.
5. Didih air bersama daun pandan.
6. Selepas air mendidih, masukkan doh yang telah diisi gula Melaka tadi.
7. Jangan dikacau. Tunggu sahaja sehingga doh timbul.
Tunggu sehingga timbul.
8. Angkat dan toskan.
9. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.
10. Kemudian gaulkan kelapa parut tadi kepada buah Melaka.
Selamat mencuba!
Norazizah Ruslan ialah Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat.
Cara buat kuih putu, selama ini kita selalu beli di pasar malam kan! Rupanya kalau nak buat sendiri mudah saja. Guna acuan kuih lompang pun boleh.
Yang menarik, kuih ini tak perlu uli atau adun lama cuma perlu ramas tepung dan kukus. Bau harum tepung beras kukus dengan manisan cair di tengahnya memang membangkitkan nostalgia kuih tradisional zaman dulu.
Cara Buat Kuih Putu
Bahan-bahan
2 dua cawan tepung beras (cap 3 gajah)
10 sudu air
Gula melaka /manisan yang dihancurkan
Kelapa parut
Acuan lompang
Cara Penyediaan
1. Satukan tepung dan air, jadikan seperti serbuk.
2. Tapis adunan tepung tadi untuk jadi lebih halus.
3. Masukkan tepung yang sudah siap ditapis dalam acuan. Letak sedikit dulu kemudian masukkan manisan.
4. Seterusnya masukkan tepung lagi sampai penuh acuan.
5. Panaskan air dalam periuk pengukus, kemudian masukkan kuih putu dalam periuk pengukus. Kukus selama 15 minit.
6. Pastikan penutup periuk pengukus dibalut bagi mengelakkan wap air jatuh pada adunan.
7. Selepas masak, hidangkan dengan kelapa parut. Kuih putu ini sedap dimakan panas-panas ketika manisannya cair.
Tip
Gunakan kelapa parut muda supaya lebih lemak dan lembut.
Pastikan tepung tak terlalu basah supaya kuih tak melekat pada acuan.
Kuih muih tradisi yang sudah zaman berzaman memang sedap. Kosnya pun murah berbanding kuih moden. Bahannya pun ringkas sahaja
Kuih bait, antara kuih lama yang susah nak jumpa. Menerusi perkongsian daripada saudara Muliadi Ramli, rasanya sedap kenyal-kenyal dengan inti kacang hijau.
1. Masak nisse dengan santan, air dan daun pandan. Biar cair kesemuanya. Ketepikan. 2. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum, gaul sebati. Masukkan air nisse tadi.
3. Uli sampai jadi doh dan tidak melekat di jari. Rehatkan doh dalam 1 jam paling kurang.
1. Rebus kacang. Apabila sudah empuk, masukkan nisse, santan dan gula. 2. Apabila hampir kering dan pekat, masukkan bawang yang ditumis tadi. Masak sampai kacang jadi kering dan pekat.
3. Apabila bahan semua dah siap, layur daun pisang dan kemudian sapukan sedikit minyak. Ambil doh bentukkan bulat, masukkan inti kacang, bulatkan kembali. 4. Kemudian buat kelongsong atau kon dari daun pisang. Kukus selama 20 ke 25 minit. Siap untuk dimakan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.