Memang sedap jika dapat makan Apam Gula Hangusyang baru siap dimasak. Lembut, tak terlalu manis dan gebu dimulut. Memang nikmat. Makan satu memang tak cukup. Anda suka makan Kuih Apam Gula Hangus? Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi perkongsian saudari Shila VS Airin. Pasti puas hati bila tengok hasilnya. Jom cuba.
RESIPI APAM GULA HANGUS MUDAH BUAT, GEBU & SANGAT SEDAP
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat gula karamel, goreng gula sampai jadi warna perang. Kemudian masukkan air panas. Kacau hingga gula cair. 2. Masukkan marjerin. 3. Alihkan kuali ke tepi dan tunggu sampai betul-betul sejuk. 4. Kisar telur bersama susu, minyak masak danesen vanilla hingga kembang. 5. Masukkan tepung dan gula karamel yang ditapis. Kisar lagi hingga sebati. 6. Tuang adunan ke dalam acuan Kuih Lompang dan kukus selama 15 minit.
Makan tanpa ada sambal bagai tidak lengkap dalam hidangan. Sambal pula ada pelbagai jenis terpulang pada pilihan masing-masing. Salah satunya yang tidak kurang menarik ialah sambal hitam Pahang. Ini cara paling mudah dan cepat untuk anda cuba buat sendiri sambal hitam Pahang dalam portion yang sedikit.
SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak
Belimbing buluh yang sudah di rebus
1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing korang)
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih sehingga lumat. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih di hiris nipis.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
4. Masukkan bahan bahan tumbuk sekaligus & tumislah bahan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
Ada peluang buat biskut raya di waktu yang terluang ni, jomlah kita buat dari membazir masa tidak membuat apa.Biskut nestum rangup,kriuk kriuk. Sedap ni jadikan kudapan sambil tengok televisyen.
CARA MEMASAK: *sebatikan gula dengan marjerin. 1.Masukkan telur,susu,serbuk koko,tepung,baking powder,gaul rata. 2.Masukkan badam cincang ikut suka banyak mana,anggaran 1/2 cawan gaul hingga menjadi doh yang tak lekat ditangan. 3.Ambil doh bulat-bulatkan dan leperkan sebesar syiling 20sen,gaulkan dengan nestum.
4.Bakar dengan suhu 150° – 25 minit. 5.Bila biskut dah masak letak atas ridai,bolehla pipingkan dengan coklat masakan dan hiaskan dengan cips strawberi. Kredit: Roserosnah Rose
Kalau selalu beli sotong biasanya kita buat sambal, sekali sekala tukar selera. Buat sotong singgang macam ni. Memang akan lebih terasa kemanisan sotong dan yang pasti kuahnya cukup sedap dihirup.
Resipi sotong singgang
Bahan-bahan
Sotong secukupnya
2 batang serai diketuk
1/2 biji bawang holland dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci lengkuas
1 inci halia
10 tangkai cili padi diketuk
Asam keping 1/2 keeping
Bahan sayur
Tomato
Putik jagung
Daun ketumbar bersama akar
Daun limau purut
Bahan perasa
Garam
Mushroom seasoning
Cara membuat
1. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan semua bahan kecuali sotong dan sayur.
2. Selepas mendidih masukkan sotong dan bahan sayur. Seterusnya letak bahan perasa secukupnya bersama dan daun dan akar ketumbar.
3. Perasakan dengan bahan perasa secukupnya. Sebaik saja mendidih terus tutup api supaya sotong tak kecut.