Kukus 15 Minit Dah Siap, Mudah Rupanya Buat Apam Gula Hangus Sedap

Share

Memang sedap jika dapat makan Apam Gula Hangus yang baru siap dimasak. Lembut, tak terlalu manis dan gebu dimulut. Memang nikmat. Makan satu memang tak cukup. Anda suka makan Kuih Apam Gula Hangus? Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi perkongsian saudari Shila VS Airin. Pasti puas hati bila tengok hasilnya. Jom cuba.

RESIPI APAM GULA HANGUS MUDAH BUAT, GEBU & SANGAT SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula beli online disini
1 cawan air panas
1 sudu makan penuh marjerin beli online disini


1½ cawan tepung gandum beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat beli online disini
2 biji telur
2 sudu makan susu pekat manis beli online disini
½ cawan minyak masak 
1 penutup esen vanilla beli online disini

 

Dapatkan EKOBEE 3 IN 1 INTELLIGENT MULTI-COOKER WITH STEAM TRAY dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat gula karamel, goreng gula sampai jadi warna perang. Kemudian masukkan air panas. Kacau hingga gula cair.
2. Masukkan marjerin.
3. Alihkan kuali ke tepi dan tunggu sampai betul-betul sejuk.
4. Kisar telur bersama susu, minyak masak danesen vanilla hingga kembang.
5. Masukkan tepung dan gula karamel yang ditapis. Kisar lagi hingga sebati.


6. Tuang adunan ke dalam acuan Kuih Lompang dan kukus selama 15 minit.


7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Shila VS Airin

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Biskut Kudap-Kudap

Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

Published by
Nur