Sedapnya Karipap Inti Ikan ni. Lama rasanya tak mencuba juadah popular dari Terengganu ni. Berbeza dengan karipap biasa yang menggunakan kentang atau sardine tin, karipap ini menggunakan inti ikan segar yang dimasak bersama santan dan ramuan-ramuan lain. Memang sangat membuka selera. Sedap boh. Rugi tak cuba. Bagi anda yang rasa, resipi mudah dari saudari Hajar Mohd ni antara yang terbaik. Selamat mencuba!
CARA MASAK KARIPAP INTI IKAN SEDAP & MUDAH
BAHAN KULIT KARIPAP:
4 cawan tepung gandum (anggaran ½ bungkus) – beli online disini
½ sudu teh garam – beli online disini
½ cawan minyak masak – beli online disini
1 cawan air sejuk @ air berais
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam besen bersama garam. Gaul rata. Kalau tak letak garam nanti tawar pula.
2. Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas.
3. Bila minyak sudah panas mendidih, terus tuang ke dalam besen berisi tepung tadi.
4. Cepat -cepat gaul minyak panas bersama tepung dengan menggunakan spatula. Jangan gaul guna tangan nanti melecur pula. Kalau tiada spatula, boleh guna senduk, sudip atau garpu.
5. Bila tepung tadi sudah sejuk sedikit, ramas-ramas dengan tangan supaya adunan tidak berketul.
6. Masukkan air sejuk dari peti ais atau air berais sedikit demi sedikit. Uli adunan sampai jadi doh.
7. Tutup doh dan rehatkan sekurangnya 10-15 minit.
8. Leperkan doh dan sedia untuk dimasukkan inti.
BAHAN INTI IKAN:
1kg ikan Selayang @ sardin
1 sudu teh halba – beli online disini
5 ulas bawang merah @1 biji bawang merah besar – mayang
1 inci halia – mayang halus
2 cawan santan segar
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan rebus menggunakan air secukupnya.
2. Bila sudah masak, asingkan isi dan tulang ikan tadi. Tumbuk kasar isi ikan tadi.
3. Seterusnya sediakan bahan-bahan yang diperti halba, bawang dan halia.
4. Masukkan santan segar ke dalam kuali. Boleh juga menggunakan santan kotak. Masukkan isi ikan yang ditumbuk kasar.
5. Hidupkan api dapur dan masukkan bahan mayang tadi ( bawang merah, halia dan halba).
6. Masak dan kacau hingga kuah santan kering atau sedikit lembap.
7. Ambil kulit karipap yang sudah dicanai tadi, masukkan inti dengan secukupnya dan kelim bahagian tepi. Lakukan hingga habis adunan.
8. Panaskan minyak dan goreng semua karipap tadi. Tip untuk kulit karipap yang licin ialah, goreng guna api perlahan.
9. Karipap Inti Ikan yang siap dimasak. Jika ada lebihan, boleh dsejukbekukan.
Kredit resipi & foto: Hajar Mohd
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/5-r
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official