Laman

Kulit Telur Jangan Buang, Boleh Kisar Jadi Baja Untuk Pokok Sayur Pula

Share

Dah buat lauk guna telur, kulitnya jangan dibuang terutama jika bercucuk tanam di rumah. Kulit telur ini boleh jadi baja yang cukup berkesan untuk pokok sayur membesar dengan subur.

Tapi untuk menggunakan kulit telur bagi dijadikan baja ada cara atau tekniknya. Ada yang terus letak kulit telur pada tanaman tapi cara ini bukanlah yang terbaik sebab akan mengambil masa untuk menguraikannya.

Cara betul untuk membuat baja dari kulit telur ini dikongsi oleh Cikwan Redzuan Jelani.

Kulit telur boleh olah jadi baja untuk pokok sayur

 

1. Jemur cengkerang/ kulit telur sampi betul kering! Bila kering, kulitnya berubah warna dari coklat keputihan.

2. Bila kulit telur sudah kering, kulit akan lebih rapuh dan senang untuk Jadi boleh ramas-ramas saja.

3. Jika kuantiti sikit, boleh tumbuk dengan lesung batu. Tapi jika banyak boleh guna pengisar kering. Kisar halus sampai jadi macam tepung halus mulus.

4. Selepas kisar masukkan dalam bekas. Labelkan “calcium pokok” sebelum simpan, bimbang ada yang tersilap guna nanti.

 

5. Kulit telur yang sudah dihancurkan ini boleh terus digunakan. Caranya boleh tabur terus ke tanah/ campurkan dengan tanah semaian.

Sumber: Cikwan Redzuan Jelani.

 

Published by
Rose