
Kulit ubi kentang biasanya kita buang selepas dikupas, ataupun diletakkan pada tanaman untuk dijadikan baja.
Tapi rupanya kulit kentang ini masih boleh digunakan sebagai makanan. Mungkin ramai tak tahu ia sebenarnya boleh dijadikan kerepek rangup yang enak.
Bagi yang nak tahu rasa kerepek kulit kentang boleh gunakan resipi yang dikongsi Azz MyAg
Cara buat kerepek kulit kentang rangup
Bahan-bahan
Kulit ubi kentang
Garam
Tepung serba guna
Minyak masak

Cara membuat
1. Basuh dan sental ubi kental bersih-bersih. Kemudian kupas kulit dan asingkan.
2. Rendam kulit ubi kentang dengan air yang dimasukkan sedikit garam. Rendam selama 10 minit.

3. Air kulit kentang yang direndam akan jadi keruh, tos airnya. Rendam lagi sampai air bertukar jernih, tak perlu letak rendam untuk rendaman seterusnya. Selepas bersih, tos airnya.
4. Gaul kulit kentang ini dengan tepung serba guna. Perap dalam lima minit.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kulit kentang satu persatu supaya tak melekat. Goreng hingga garing, jangan sampai hangus.

6. Inilah hasilnya

Kredit resipi & foto: Azz MyAg
Baca: Kerepek Jejari Ketam, Jajan Buat Sendiri Untuk Anak. Siat, Gaul Dan Goreng, Senang Betul
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Kerepek Biji Durian. Sedap Rupanya!

Jom cuba buat Kerepek Biji Durian. Maklumlah, durian harganya memang mahal. Sebiji sahaja boleh mencecah puluhan ringgit. Itu belum lagi jika anda beli durian gred premium seperti D24, Musang King, Duri Hitam dan sebagainya. Jadi, alang-alang dah mahal tu, jangan membazir. Bijinya tu boleh dijadikan kerepek. Saudari Zakiah Abdullah ada kongsikan resipinya. Jomcuba!
RESIPI KEREPEK BIJI DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- Biji durian
- Garam halus
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. RENDAM
- Kalau nak buat kerepek, biji durian seelok-eloknya direndam semalaman supaya senang nak buang bahagian buah dan sedikit kulit yang masih melekat pada biji durian.

2. KERINGKAN
- Selepas dibersihkan, jemurkan biji durian tadi supaya kering sedikit. Jika tidak, biji durian ini akan berlendir seterusnya menyukarkan proses menyagat nanti.

3. SAGAT
- Sagat biji durian mengikut ketebalan yang anda gemari. Sebaiknya, sagat nipis supaya kerepek mudah rangup apabila digoreng.

4. GORENG
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Toskan minyak.

5. TAMBAH GARAM
- Sebagai penambah rasa, taburkan sedikit garam halus. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati!


Kredit resipi & foto: Zakiah Abdullah
Tercari-cari ‘RICE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Masak Roti Peanut Butter Goreng Guna 3 Bahan Je Tapi Rasa Sedap Betul

Roti Peanut Butter Goreng atau Roti Mentega Kacang Goreng perkongsian saudari Aila Syakila ni ternyata sangat mudah. Hanya menggunakan 3 bahan, kudapan ringkas tapi enak ini boleh anda sediakan buat anak-anak. Sesuai dinikmati pada bila-bila tidak kira waktu. Jika sebelum ini roti dan mentega kacang hanya disapu begitu sahaja, kali nib oleh cuba goreng bersama marjerin pula. Sedap! Lebih-lebih lagi jika dinikmati panas-panas. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI ROTI PEANUT BUTTER GORENG

BAHAN-BAHAN:
Roti sandwich
Mentega kacang – beli online disini
Marjerin – beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Ambil sekeping roti dan sudukan mentega kacang di tengah-tengah roti dengan secukupnya.
2. Ambil sekeping lagi roti, tangkupkan.
3. Seterusnya untuk membentuk roti, tekan menggunakan bekas kecil berbentuk petak. Boleh juga menggunakan bekas berbentuk bulat. Terpulang pada cita rasa masing-masing.


4. Ulang proses sama hingga habis atau bergantung kepada berapa keping anda nak buat.

5. Panaskan marjerin di dalam kuali.
6. Goreng roti tadi hingga kuning keemasan. Terbalikkan agar masak sekata.
7. Bila sudah garing, angkat dan nikmati segera.



Kredit resipi & foto: Aila Syakila
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Buat Homemade Lagi Puas.

Sekali sekala cuba kita sajikan kudapan dan snek barat untuk sarapan. Ni min kongsi makanan yang disebut makanan ‘street food’ atau makanan gerai, snek sedap dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Sajian berasaskan daging, tepung,mentega dan makanan laut ni memang mudah dimakan di mana jua. Pasti jadi ‘favourite’ ahli keluarga nanti.
1. ARANCINI WITH TOMATO SAUCE

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan nasi putih
- 10 gm bawang merah kecil | dicincang
- 10 gm daun bawang | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dicincang
- 15 gm kismis
- 2 cawan serbuk roti
- 4 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 4 cawan minyak masak
- 20 gm bawang Holland | dipotong dadu bersaiz kecil
- 10 gm seleri | dipotong dadu bersaiz kecil
- 10 gm lobak merah | dipotong dadu bersaiz kecil
- 3 sudu makan tomato puri
- 2 helai daun bay
- 1 sudu besar thyme kering
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos tomato, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bawang Holland, seleri, bawang putih dan lobak merah ke dalam periuk. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan tomato puri bersama dengan air, kacau sebentar supaya ianya sebati. Biarkan ianya mendidih.
3. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan daun bay dan thyme kering. Biarkan ianya mendidih perlahan. Pastikan ianya tidak terlalu cair.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam mengikut citarasa.
5. Untuk membuat arancini, sediakan mangkuk bersaiz besar, masukkan nasi putih bersama-sama bawang merah kecil, daun bawang, bawang putih dan kismis. Perasakan dengan garam dan juga serbuk lada hitam. Gaul sehingga semuanya sebati.
6. Kepalkan dengan membuat bentuk bulat seperti saiz bola golf. Sediakan tiga mangkuk bersaiz sederhana, letakkan serbuk roti, telur yang telah dipecahkan dan dikacau dan juga tepung gandum.
7. Celupkan nasi tadi bermula dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Susun di atas loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan seketika selama 30 minit.
8. Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan nasi yang bersalut tadi sehingga warnanya menjadi keperangan. Angkat dan toskan minyak.
9. Sajian sedia dihidangkan bersama-sama sos tomato.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Sajian Itali
Cara memasak : Goreng
Keistimewaan: Bebola nasi penuh perisa dam mengenyangkan
Info Chef : Sajian yang berasal dari negara Itali ini resepinya ini menggunakan lebihan nasi yang masih elok untuk menghasilkan masakan ini. Resipi kitar semula untuk mengelakkan pembaziran makanan
2. FUNNEL CAKE FRIES

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung serba guna
- 1sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 4 cawan gula putih
- ½ cawan susu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 cawan minyak masak
- Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk.
2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dalam beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
3. PRETZELS

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan susu segar
- 1 1/2 sudu makan yis
- 6 sudu makan gula perang
- 4 sudu makan mentega | lembutkan pada suhu bilik
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil garam halus
- 1/3 cawan baking soda
- 3 cawan air suam
- 8 sudu makan mentega | dicairkan
- Garam kasar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Suamkan susu dalam ketuhar mikro atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan mentega dan gula.
4. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
5. Uli dengan mixer dengan cangkuk dohk, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
6. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
7. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
8. Panaskan oven dalam suhu 230 darjah celciusC.
9. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
10. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
11.Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
12. Renjis dengan garam kasar.
13. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
14. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
Saiz hidangan: 12 biji
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Berasal dari Itali , popular di German
Keistimewaan:Sedap dihidangkan dengan sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.
Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain
4. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)

BAHAN BAHAN
- 5 keping kulit popia | dipotong 12
- 200gm udang
- 50gm tepung
- 20gm mentega
- 20gm bawang merah
- 200gm ‘heavy cream’
- 10gm lada hitam
- 10gm cendawan butang | dimayang
- 20 gm keju
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti quiche :
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang,
3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam.
5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api.
Cara membuat acuan quice :
1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian.
2. Lalu disusun dalam acuan muffin
3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit
4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi.
5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven.
6. Sajian siap dihidang
5.VOLCANO BEEF CHEEZY ONION

BAHAN-BAHAN:
- 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
- 400 gram daging cencang
- 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
- 5 helai daun oregano (dicencang halus)
- ½ kg serbuk roti
- 2 biji telur
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu teh paprika
- Serbuk perasa
- Keju krim (untuk sos)
- Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
1. Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2. Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3. Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4. Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
5. Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
6. Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
7. Boleh dihidangkan bersama keju krim.

