Bila nak masak udang, selalu untuk mudah makan kita kupas siap-siap kulitnya. Kemudian barulah dimasak. Kulit udang ini pula ada yang buang. Aduhhh…ruginya

Kulit udang ini sebenarnya banyak sangat khasiat dan boleh kita oleh untuk masuk dalam masakan. Menurut Dr Mazliana Mazlan kulit udang yang dikupas ini tinggi khasiat kalsium dan rugi jika dibuang.

Jelasnya jika anak tak makan udang, boleh ambil kulit udang ini dan reneh untuk jadi sup kulit udang. Sup ini boleh disimpan dan dimasukkan dalam masakan anak agar anak dapat khasiat kalsium.

Kulit udang jangan buang!

Kulit Udang Jangan Buang, Buat Sup & Masuk Dalam Masakan. Tinggi Kalsium, Elok Untuk Anak

Ads

 

Kulit udang jangan buang! Tinggi betul dengan kalsium, bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak-anak.

Kalau udang kecil, ajar anak makan sekali dengan kulit. Kalau udang besar dan anak tak boleh makan, kupas siap-siap dan reneh sup kulit udang untuk anak. Simpan dan guna bila perlu. Masuk sup kulit udang dalam sayur pun sedap sangat kan.

Orang dewasa, kalau boleh makan udang sekali dengan kulitnya, itu pun boleh top up kalsium dalam badan kita. Kan makin berusia, makin rapuh tulang kita.

 

Khasiat lain kulit udang

Khasiat lain dari kulit udang, selain kalsium;
Fosforus
Iron
Magnesium
Zink
Sodium
Potasium
Selenium
Banyak kan mineral yang ada.

Makanan yang kita selalu buang, yang tak nampak macam ada nilai pun, tapi sebenarnya banyak betul khasiat yang ada kan.

Ads

Inilah namanya real food. Betul-betul kita boleh panggil sebagai makanan dan ianya beri nutrisi pada tubuh badan anak.

Kulit Udang Jangan Buang, Buat Sup & Masuk Dalam Masakan. Tinggi Kalsium, Elok Untuk Anak

Sebaiknya cuba cari udang laut, insyaAllah pilihan lebih baik dari udang bela.
Kita cuba sama-sama tau, perbanyakkan real food tinggi nutrisi buat anak-anak.

Ads

Dan elakkan ultra processed food yang mungkin boleh bawa keburukan pada anak-anak jika diambil dengan kadar yang kerap.

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI