Bahan-bahan memasak seperti lengkuas, kunyit, halia dan serai sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR ini. Semoga bermanfaat!
BAHAN-BAHAN:
- Serai
- Lengkuas
- Kunyit
- Halia
- Bekas berpenutup
- Air bersih
CARA-CARA:
1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.
Kredit gambar & petua: Myra AR via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara Buat Buttercream Paling Senang, Yang Penting Sedap & Tak Lembik.
Tengok cupcake yang cantik dengan hiasan buttercream berwarna warni, terus rasa tak sabar nak cuba. Namun jika anda ingin cuba membuatnya sendiri, jangan risau ini ada beberapa tip menbuat buttercream bukan hanya sedap, cantik bila dipaip pada cupcake dan tidak pecah atau cair bila kena panas
Pilih MentegaYang Betul:
Apa perlu anda tahu bahawa sebahagia buttercream adalah dari mentega. Oleh itu, pemilihan mentega sangat penting. Mentega yang berkualiti akan menghasilkan buttercream yang berkualiti. Namun anda boleh saja menggantikannya dengan shorterning atau margerin, namun sudah tentu rasanya tidak sama. Terpulang pada anda. Apa yang penting pastikan mentega atau pengantinya berada pada suhu bilik semasa dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Mentega yang masih sejuk akan menyebabkan ia sukar disebatikan dengan bahan-bahan lain semasa diadun. Teksturnya juga mungkin jadi lebih kasar.
Pilih Pemanis Yang Sesuai:
Kebanyakan buttercream menggunakan gula halus kerana ia mudah larut. Tapi ia akan lebih cepat kalau menggunakan sirup gula yang pekat. Tuangkannya sedikit demi sedikit sehingga mendapat rasa manis. Anda tidak perlu terikat dengan resipi, selain sirup dan gula anda juga boleh gantikan dengan susu pekat manis juga.
Putar Dengan Kelajuan Bertahap:
Berbeza dengan whipping cream, buttercream yang baik mempunyai tekstur padat. Oleh itu, jika anda menggunakan mixer untuk mengadun bahan, sebaiknya mulakan dengan menggnakan putaran dnegan perlahan. Setelah campuran mentega dengan gula sebati, baru tingkatkan kelajuan sederhana, hingga tinggi.Terus putar hingga tekstur buttercream padat . Jika tekstur masih cair walau telah diputar lama dengan kelajuan tinggi, ia mungkin disebabkan terlebih cecair dalam adunan, seperti anda terlebih susu, sirup atau vanilla tanpa sengaja. Hal ini akan menyebabkan buttercream susah dibentuk, masalah ini boleh diatasi dengan memasukan ke dalam peti sejuk agar ia pejal sedikit, kemudian keluar dan putar lagi.
Ternyata membuat buttercream tidaklah susah sangat seperti yang difikirkan. Jadi anda boleh mencuba, Yang penting bila buat sendiri anda boleh sesuaikan kemanisannya ikut cita rasa keluarga dan buttercream juga boleh dipelbagai kegunaannya. Ikut cita rasa.
Petua Elak Ikan Meletup Ketika Digoreng. Simple Tapi Berkesan
Selalu terjadi apabila menggoreng ikan terutamanya ikan keli atau sembilang, memang akan meletup-letup jadinya. Naik seram pulak nak terbalikkan ikan tu dalam kuali. Hai, susahnya nak memasak, kan?
Mujurlah ada petua elak ikan meletup ketika digoreng ni. Nah, korang boleh try kat rumah. Tak ada alasan takut nak goreng ikan lagi ye.
Petua Elak Ikan Meletup Ketika Digoreng
Senang je petua ni. Apabila minyak masak dah panas, masukkan sedikit tepung gandum dalam minyak masak panas tu. Kemudian baru masukkan ikan. Ulang setiap kali nak masukkan ikan yang nak digoreng. Insya-Allah dengan mengamalkan petua ni, korang dah tak perlu lari-lari nak elak kena minyak panas. Tak perlu juga tutup kuali. Hasilnya, dapur pun bersih. Ikan yang digoreng pun cantik dan garing elok je.
Kredit petua & gambar: Dalila Haslan via MAHN
Ini Cara Rebus Kacang Hijau Cepat Empuk
Berita baik kepada anda yang menyukai menu berasaskan kacang hijau ? Ini ada tip agar kacang hijau yang direbus cepat empuk sebelum sedia dijadikan bubur kuih yang sedap untuk hidangan keluarga. Diharapkan dengan adanya tip ini masalah kacang yang direbus susah nak empuk tiada lagi ye.
Rendam Kacang Hijau
Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang 3-4 jam atau supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.
Masukkan Kacang Apabila Air Mendidih
Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal dalam rebusan kacang.
Api Sederhana
Dianjurkan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk dan masak sempurna.
Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk
Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang. Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.
Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata